Utusan Borneo (Sarawak)

BN kembalikan tanah Ijok kepada peneroka jika menang PRU14

-

TANJONG KARANG: Barisan Nasional (BN) Selangor berjanji akan berusaha memulangka­n baki tanah seluas kira-kira 404 hektar kepada peneroka di mukim Ijok, Kuala Selangor, sekiranya gagasan itu berjaya menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Datuk Sulaiman Razak berkata BN akan melihat setiap sudut aspek perundanga­n bagi membolehka­n peneroka memperoleh­i semula tanah milik mereka yang didakwa dirampas kerajaan negeri.

“Saya dimaklumka­n tanah itu kini bernilai kira- kira RM750 juta. Sekiranya jadi kerajaan (di Selangor), kita (BN) akan lihat semua aspek perundanga­n, sekiranya masih ada ruang perundanga­n untuk mengembali­kan hak tanah itu kepada peneroka, kita akan kembalikan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri taklimat dan penerangan berhubung kemelut isu tanah di Ijok kepada kira-kira 100 peneroka di sini, semalam, yang disampaika­n peguam Datuk Kamarudin Ahmad, mewakili kesemua peneroka terbabit.

Mengulas lanjut, Sulaiman memohon mana-mana peneroka yang terbabit dengan kemelut isu tanah itu supaya tampil ke hadapan untuk menuntut kembali hak mereka.

“Kita mahu kesemua mereka ini bersatu sekaligus sebulat suara bersetuju untuk bawa isu baki tanah ini ke mahkamah. Kalau lebih ramai, pastinya kes ini lebih kuat untuk didengar di mahkamah...sekiranya ada bukti tanah itu diambil oleh kerajaan negeri, tolong kemukakan,” katanya.

Sebelum ini, penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion di mukim Ijok itu menimbulka­n banyak kontrovers­i selain turut dipersoalk­an pelbagai pihak, termasuk isu baki tanah berkenaan yang kini menjadi milik kerajaan negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia