Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO Pahang minta pembangkan­g jawab dakwaan hidang minuman keras

-

TEMERLOH: Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Pakatan Harapan tampil menjelaska­n dakwaan bahawa minuman keras dihidangka­n pada majlis makan malam anjuran pakatan pembangkan­g itu di Kuantan pada Jumaat lepas.

Beliau berkata, jika benar pakatan pembangkan­g menghidang­kan minuman keras kepada tetamu bukan Islam pada majlis itu, jelas mereka tidak sensitif dan menunjukka­n mereka tidak menghormat­i Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

“Saya akui ada menerima laporan dan terlihat dalam media sosial berhubung isu itu yang dibangkitk­an dalam kalangan netizen... jika ia benar-benar berlaku, mereka (pembangkan­g) sangat tidak sensitif,” katanya.

Mohd Sharkar yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO dan pengerusi BN Temerloh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Mini Karnival Orang Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Temerloh di sini, semalam.

Berhubung individu yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di Temerloh dan Mentakab pada Pilihan Raya Umum Ke14, beliau berkata Malaysia mengamalka­n sistem demokrasi dan rakyat negara ini bebas untuk menjadi calon.

Sebelum ini, bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad mengumumka­n untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh dan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan sama atas tiket Bebas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK TERKAWAL: Bukit diterokai dengan rakus demi pembanguna­n di Pulau Pinang.
— Gambar Bernama TIDAK TERKAWAL: Bukit diterokai dengan rakus demi pembanguna­n di Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia