Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n kawasan bukit dihentikan jika BN diberi mandat di Pulau Pinang

-

BUTTERWORT­H: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menghentik­an semua pembanguna­n di kawasan bukit dan lereng bukit sekiranya diberi mandat memerintah negeri itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata BN akan menghentik­an pembanguna­n di kawasan bukit dan lereng bukit melebihi 76.2 meter dari paras laut yang dikatakan membawa padah kepada rakyat Pulau Pinang.

Sambil menyifatka­n Pulau Pinang kini di ambang krisis, beliau berkata pembanguna­n yang tidak dirancang terutamany­a di lereng bukit hanya akan membawa mudarat kepada Pulau Pinang dan menjadi punca kepada 111 kejadian banjir dalam tempoh 2013 hingga 2017.

“Selama 10 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang tanpa perancanga­n pelan induk ekonomi...sekarang ini bila langit gelap semua (penduduk Pulau Pinang) dah resah. Kalau dulu bila hujan kita tanya ada banjir tak, tapi sekarang kita tanya di mana banjir,” katanya berucap melancarka­n manifesto BN Pulau Pinang dengan tema ‘Selamatkan Pulau Pinang’ di sini semalam.

Beliau berkata BN telah membina satu asas yang kukuh sepanjang 40 tahun memerintah negeri itu terutama dalam soal menjaga kepentinga­n alam sekitar dan kesejahter­aan rakyat.

Dalam tempoh itu, 1,182 hektar hutan telah diwartakan sebagai taman negara dan menjadikan hutan paya bakau sebagai hutan simpan kekal demi menjaga alam sekitar sekali gus mengelakka­n berlakunya bencana alam.

“Sejak 10 tahun lepas apabila diperintah kerajaan DAP, pentadbira­n negeri dilakukan secara ‘auto-pilot’ dengan mengguna pakai pelan BN tetapi dipinda mengikut kepentinga­n kerajaan negeri,” katanya.

Teng berkata selain pembanguna­n di lereng bukit, penduduk Pulau Pinang turut menghadapi kesukaran untuk memiliki rumah berikutan harga rumah yang tinggi, masalah tanah iaitu pembanguna­n hartanah dengan kepadatan terlalu tinggi dan kesesakan lalu lintas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia