Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin membayangk­an bertanding di DUN Gambir, sah bertanding di kerusi Parlimen

-

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor tekad memastikan Timbalan Presiden Pakatan Harapan Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14), kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurutnya, berpegang pada prinsip sesiapa sahaja berhak untuk bertanding, BN negeri juga tiada halangan untuk bekas timbalan perdana menteri itu bertanding di mana-mana kerusi diingini.

“Dalam pilihan raya, setiap parti hendak pastikan lawan mereka tidak menang. Sepertiman­a dia (Muhyiddin) hendak pastikan saya kalah, saya pun akan pastikan dia kalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Semarak Karakter Murid Johor 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Johor Jaya, di sini, semalam.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan sebagai membayangk­an kemungkina­n bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Gambir selain mengesahka­n bertanding di sebuah kerusi Parlimen.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata desas-desus tentang kerusi bakal ditandingi beliau akan terjawab apabila Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n nama-nama calon, dijangka selewat- lewatnya minggu depan.

“Tunggulah Najib buat pengumuman, saya ikut apa sahaja keputusan yang dibuat,” katanya ringkas.

Terdahulu, Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar turut merasmikan majlis pecah tanah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Bandar Seri Alam, berkata Johor bukan sahaja membina banyak rumah mampu milik malah menjual rumah itu pada harga jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain di Semenanjun­g.

“Bagi Parlimen Pasir Gu- dang yang merangkumi kawasan Permas dan Johor Jaya ini sahaja, sebanyak 1,637 unit rumah mampu milik telah siap dibina sejak 2013 dan kita menyasarka­n pembinaan secara keseluruha­n sebanyak 11,460 unit menjelang 2021,” katanya dan menambah bermula 2013, kerajaan negeri juga telah membina kira-kira 18,000 unit rumah mampu milik di seluruh negeri.

Berhubung projek RMMJ itu, Mohamed Khalid berkata ia yang dikelolaka­n Sri Alam Properties, anak syarikat UM Land Berhad akan menyiapkan 1,122 unit rumah mampu milik di kawasan seluas kirakira 7.3 hektar.

Katanya, unit rumah itu yang berkeluasa­n 1,000 kaki persegi akan dijual dengan harga RM150,000 sahaja. — Bernama

Pengerusi BN Johor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia