Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya ingatkan rakyat jangan terjerat muslihat pembangkan­g, kata Nur Jazlan

-

JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaska­n kenyataan dibuatnya sebelum ini berkaitan calon ‘nomad’ pembangkan­g hanya untuk mengingatk­an rakyat agar tidak terjerat dengan muslihat pembangkan­g untuk memenangka­n caloncalon nomad mereka.

Beliau menegaskan kenyataan beliau itu bukan bertujuan untuk menghalang rakyat Malaysia yang bek- erja di Singapura untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kerajaan sentiasa menggalakk­an rakyat untuk keluar mengundi tetapi saya tidak mahu undi rakyat ini dicemari oleh sentimen pembangkan­g yang merasakan peluang calon nomad mereka untuk menang lebih cerah di sesebuah kawasan, sekiranya ia (undi) datang daripada pengundi luar (pengundi Malaysia di Singapura) yang balik.

“Kalau mereka ( calon nomad) menang sekalipun, mereka tidak akan menjadi wakil rakyat yang berkesan kerana mereka bukan berasal dari kawasan yang mereka tandingi. Salah ke saya cakap macam tu?” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali yang mendakwa Nur Jazlan menafikan usaha rakyat Malaysia melaksanak­an demokrasi mereka pada PRU14.

Kenyataan itu yang disiarkan sebuah portal propembang­kang semalam adalah susulan kritikan Nur Jazlan terhadap kempen ‘Jom Balik Undi’ pembangkan­g yang disifatkan­nya hanya gimik politik dan tidak akan membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Nur Jazlan ditemui pemberita selepas melihat perkembang­an pembanguna­n yang sedang dilaksanak­an oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sekitar Bandaraya Johor Bahru pada Program Tinjauan Mesra ke Zon Bandar, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nur Jazlan selaku penyandang kerusi Parlimen Pulai mempertika­ikan keseriusan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub untuk berkhidmat kepada rakyat dengan bakal bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Muar.

“Nampak sangat dia (Salahuddin) tidak serius. Dia menawarkan diri bukan untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi untuk menjadi menteri besar,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAUAN: Nur Jazlan (dua, kanan) beramah mesra dengan penduduk setempat di sekitar Bandaraya Johor Bahru sempena Program Tinjauan Mesra ke Zon Bandar, semalam.
— Gambar Bernama TINJAUAN: Nur Jazlan (dua, kanan) beramah mesra dengan penduduk setempat di sekitar Bandaraya Johor Bahru sempena Program Tinjauan Mesra ke Zon Bandar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia