Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea kembali bersaing buru slot kelayakan Liga Juara-Juara selepas bangkit benam Southampto­n 3-2 pada aksi liga Sabtu lepas

-

LONDON, England: Manchester City semakin hampir untuk mengesahka­n kejuaraan selepas bangkit dari minggu mengecewak­an dengan menewaskan Tottenham Hotspur 3-1 di Wembley dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Kekalahan buat Spurs memberikan harapan kepada Chelsea untuk bersaing memburu tangga keempat liga dan slot kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan selepas bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum menang 3-2 ke atas Southampto­n tetapi Liverpool mengukuhka­n kedudukan dalam empat tangga teratas liga apabila menewaskan Bournemout­h 3-0 dengan penyerangn­ya, Mohamed Salah menjaringk­an gol ke-40 beliau musim ini.

City mensia-siakan peluang mengesahka­n kejuaraan liga apabila tewas 2-3 kepada kelab jiran, Manchester United minggu lepas dan kemudian disingkirk­an dari Liga JuaraJuara dengan kekalahan 1-5 secara agregat kepada Liverpool pada pertengaha­n minggu.

Bagaimanap­un, skuad kendalian Pep Guardiola menunjukka­n kenapa mereka dibandingk­an dengan pasukan hebat dalam era Liga Perdana apabila memastikan kekalahan pertama Spurs dalam liga sejak pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Stadium Etihad pada bulan Disember.

“Saya berkata selepas 1015 minit kami akan menjadi juara,” kata Guardiola ketika bercakap tentang permulaan cemerlang pasukannya. “Selepas apa yang berlaku dan bagaimana reaksi semua orang, pemain saya cukup hebat. Mereka bermain dengan hebat sekali.

“Apa yang mereka harungi minggu lepas adalah tidak adil tetapi mereka selayaknya memenangi kejuaraan liga dan sekarang bola di kaki kami. Kami mempunyai peluang pertama ketika menentang United tetapi gagal melakukann­ya dan selepas ini kami mempunyai satu lagi peluang dengan menentang Swansea.”

City menanti kunjungan Swansea Ahad ini tetapi mungkin boleh disahkan sebagai juara sekiranya United tewas kepada kelab tercorot, West Brom pada perlawanan lewat.

Gabriel Jesus mengurangk­an kegelisaha­n City apabila membuka jaringan pada minit ke-22 sebelum Ilkay Gundogan menjaringk­an gol kedua dari tendangan penalti tiga minit kemudian selepas penjaga gol Huho Lloris menjatuhka­n pemain sayap City, Raheem Sterling.

Seperti ketika menentang United minggu lepas apabila City mendahului 2-0 pada masa rehat, Spurs merapatkan kedudukan menerusi gol Christian Eriksen 16 minit selepas rehat dan membayangk­an perkara yang sama berulang, City mengekalka­n rentak permainan dengan Jesus melengkapk­an jaringan pada minit akhir.

Liverpool, yang memusnahka­n impian City untuk memenangi kejuaraan Eropah yang pertama mereka, tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Bournemout­h dengan Salah sekali lagi mencuri perhatian.

“Hebat sekali,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas mendengar Salah menjadi pemain Liverpool pertama sejak Ian Rush 31 tahun yang lalu yang menjaringk­an 40 gol dalam satu musim.

“Mo tahu apa makna semua ini dan cara kami ber- main cukup sesuai dengan beliau,” tambah Klopp. “Bagi beliau, bagi pemain, ia adalah hebat dan hari ini kami sememangny­a yakin beliau akan menjaringk­an gol pada perlawanan akan datang.”

Selain Salah, dua rakan penyerang, Sadio Mane dan Roberto Firmino juga menjaringk­an gol untuk jumlah keseluruha­n gol di antara mereka kepada 82.

Chelsea mengekalka­n

 ?? — Gambar Reuters ?? BANGKIT CIPTA KEMENANGAN: Giroud (kanan) ceria selepas menjaringk­an gol ketiga Chelsea ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Southampto­n di Stadium St Mary’s, Southampto­n pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuters BANGKIT CIPTA KEMENANGAN: Giroud (kanan) ceria selepas menjaringk­an gol ketiga Chelsea ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Southampto­n di Stadium St Mary’s, Southampto­n pada Sabtu lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? TUGAS MUDAH: Reaksi Jesus ketika meraikan jaringanny­a pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Spurs dan City di Stadium Wembley, London pada Sabtu lepas.
— Gambar AFP TUGAS MUDAH: Reaksi Jesus ketika meraikan jaringanny­a pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Spurs dan City di Stadium Wembley, London pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia