Utusan Borneo (Sarawak)

Barca cipta rekod baharu La Liga, terus kebal selepas 39 perlawanan

-

MADRID, Sepanyol: Barcelona mencipta rekod baharu dalam La Liga Sepanyol apabila belum tewas dalam 39 perlawanan apabila menewaskan Valencia 2- 1 Sabtu lepas.

Luis Suarez dan Samuel Umtiti menjaringk­an gol kemenangan ketika Barca mengatasi rekod lama 38 perlawanan tanpa kalah Real Sociedad di antara 1979 dan 1980.

Dani Parejo merapatkan kedudukan buat Valencia dari satu tendangan penalti pada minit ke-87.

Kemenangan di Nou Camp, yang kelihatan lebih selesa dari keputusan akhir, juga mengurangk­an kebimbanga­n di mana kekalahan mengecewak­an Barca kepada AS Roma pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu akan menjejaska­n cabaran mereka dalam La Liga.

Valencia kekal di tangga ketiga, satu mata di hadapan Real Madrid yang bermain lewat di Malaga.

“Nilai tiga mata ini amat berharga,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

“Minggu ini sangat sukar dan memberi kesan kepada semua orang termasuk penyokong.

“Kami belum tewas dengan banyak tetapi pada perlawanan penting, anda terlepas peluang dan anda merasai kekecewaan semua orang. Anda harus menebus dan membalas kepercayaa­n mereka.”

Tiada keraguan kekalahan itu masih memberi kesan kepada Barca walaupun jika mereka menamatkan musim ini dengan dua kejuaraan – La Liga dan Copa del Rey.

Tetapi ia tidak menghilang­kan prestasi cemerlang mereka musim ini dengan kekalahan terakhir mereka ialah kepada Malaga dan ia adalah dalam pertanding­an piala lebih 12 bulan yang lalu.

Ia sudah satu rekod kelab, sekarang lapan perlawanan lebih banyak berbanding 31 ketika di bawah kendalian Pep Guardiola pada musim 2010/2011.

Kini pertemuan El Clasico menentang Real Madrid pada 6 Mei dan juga kunjungan ke Celta Vigo Selasa ini menjadi cabaran utama Barca untuk menamatkan satu musim liga tanpa kalah.

“Rekod dicipta untuk dipecahkan,” kata Suarez. “Semua berasa marah dengan Liga Juara-Juara, sama seperti kami tetapi ia adalah satu pengiktira­fan satu musim yang hebat kami dalam liga, sekarang ia (kekecewaan di Eropah) mungkin akan dilupakan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK JEJAS RENTAK: Coutinho (kanan) diasak hebat oleh pemain tengah Valencia ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas.
— Gambar AFP TIDAK JEJAS RENTAK: Coutinho (kanan) diasak hebat oleh pemain tengah Valencia ketika beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia