Utusan Borneo (Sarawak)

Chong Wei tidak pernah mengecewak­an BAM bangga skuad badminton sumbang dua emas, satu perak dan dua gangsa pada edisi 2018

-

GOLD COAST: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak pernah mengecewak­an kontinjen Malaysia diberi tanggungja­wab membawa cabaran negara pada mana-mana kejohanan mahupun temasya besar.

Ia terbukti apabila pemain ketujuh dunia itu menyumbang pingat emas di Sukan Komanwel 2018 selepas menang 2-0 kepada pemain nombor satu dunia dari India, K. Srikanth semalam.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria ternyata berbangga dengan pencapaian Chong Wei dan juga pasukan badminton negara yang telah menyumbang dua emas, satu perak dan dua gangsa pada edisi 2018.

“Tekanan telah diletakkan kepada skuad badminton yang mana kita sentiasa menjadi harapan kepada kontinjen negara untuk menyumbang pingat namun Chong Wei dan beregu wanita, Chow Mei Kuan- Vivian Hoo sangat membanggak­an kita semua.

“Selepas kita mendapat tamparan dalam acara berpasukan campuran, semangat mereka tidak luntur untuk terus pamerkan aksi yang cukup sengit pada final individu hari ini. Chong Wei tidak pernah mengecewak­an dan beliau merupakan ikon kepada semua,” katanya di Carrara Sports and Leisure Centre.

Beliau berkata Chong Wei telah menunjukka­n semangat juang tinggi apabila dengan bersung- guh-sungguh mematahkan kemaraan dua pemain India, HS Prannoy (separuh akhir) dan Srikanth (final) jauh lebih muda daripadany­a ( perbezaan umur 11 tahun).

Katanya, cabaran terpaksa dihadapi Chong Wei di Sukan Komanwel kali ini untuk menang enang pingat emas bukan kan mudah apabila beliau terpaksa aksa menentang ng p e m a i n n o m b o r satu dunia ia (Srikanth) h) dan ke-11 1 d u n i a ( P r a n - noy).

S e l a i n C h o n g Wei, Mohahamad Norza rza turut memuji prestasi positif Mei Kuan-Vivn Viv ian yang menang pin- gat emas walaupun walaup tidak diletakkan sasaran pingat pada p awalnya. Katanya, K beliau be tidak menyangka gandinga gan bukan p pilihan kejohanan, M e i K u a n - V i v - ian mampu b a n g k i t dan me-newaskan beregu pilihan pada temasya kali ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEPATI RAMALAN: Chong Wei (tengah) bersama pemenang pingat perak dan gangsa semasa upacara penyampaia­n pingat di Carrara Sports and Leisure Centre pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia semalam.
— Gambar Bernama TEPATI RAMALAN: Chong Wei (tengah) bersama pemenang pingat perak dan gangsa semasa upacara penyampaia­n pingat di Carrara Sports and Leisure Centre pada Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia