Utusan Borneo (Sarawak)

KV Miri tuan rumah Karnival VokTek Zon Sarawak

-

KUCHING: Kolej Vokasional (KV) Miri merupakan tuan rumah Karnival VokTek Zon Sarawak kali ke-21 melibatkan sembilan kontinjen iaitu Sekolah Menengah (SM) Teknik Sejingkat, KV Kuching, KV Matang, KV Betong, KV Sibu, KV Bintulu, JT Akademi Kuching dan PPKS Ilmu Kuching.

Seramai 824 orang terdiri 153 orang pegawai dan 671 atlet mengesahka­n penyertaan pada Karnival VokTek (KARVOTEK) berlangsun­g tiga hari bermula 13 April hingga hari ini (Ahad).

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), SMK Merbau, Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau, SJK(C) Chung Hua, Kelab Rekreasi Petronas Petrolium, Stadium Tertutup Miri dan Padang KV Miri menjadi tempat tumpuan kejohanan itu.

Tujuh acara sukan dipertandi­ngkan bagi merebut gelaran juara keseluruha­n seterusnya mewakili Zon Sarawak ke KARVOTEK peringkat kebangsaan di Pahang.

Acara dipertandi­ngkan sepanjang tiga hari itu ialah bola sepak, bola jaring, bola tampar, ragbi, sofbol, sepak takraw dan boling trio.

Pengarah Kolej Vokasional Miri, Sherene Choo menjemput orang ramai memeriahka­n Majlis Penangguha­n Karnival VokTek Zon Sarawak ke-21 berlangsun­g jam 3 petang ini selepas perlawanan akhir bola jaring dijadualka­n jam 2 petang di Stadium Tertutup Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting merasmikan majlis tersebut dan seterusnya menyaksika­n penyerahan bendera kejohanan kepada tuan rumah KARVOTEK ke-22 2019 SM Teknik Sejingkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia