Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching FA terlepas peluang cabar kedudukan teratas

-

KUCHING: Kuching FA terlepas peluang untuk mencabar kedudukan teratas Kumpulan A saingan Piala FAM 2018 selepas diikat KS DBKL dengan 2-2 pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini petang semalam.

Tuan rumah dikejutkan dengan gol pendahulua­n KS DBKL hasil tandukan cantik Mohamad Shamirul Mohamad Rani pada minit ke-10.

Bagaimanap­un, gol pasu- kan pelawat hanya bertahan selama tiga minit apabila giliran Kuching FA menjaringk­an gol untuk menyamakan kedudukan. Ia berpunca daripada sepakan percuma Mohd Shafitri Salim sebelum ditanduk masuk Sufizal Ismail pada minit ke-13.

Corak permainan Kuching FA berubah selepas gol penyamaan tersebut dan sering kali mengasak kubu lawan untuk mencari gol tambahan.

Namun ketumpulan jentera serangan menidakkan hasrat untuk menambah jaringan hingga berakhir babak pertama. Kuching FA kembali di depan pada minit ke-80 hasil jaringan Samsu Alam Abdul Samad.

Kealpaan benteng perta- hanan Kuching FA membawa padah apabila Mohd Azhar Arbi berjaya meloloskan diri sebelum menjaringk­an gol penyamaan KS DBKL pada minit ke-87.

“Kecewa kerana kita sepatutnya boleh memenangi perlawanan ini jika dilihat kepada peluang- peluang yang dimiliki. Pemain kita hilang fokus pada saat akhir dan memberi peluang kepada lawan menjaringk­an gol,” kata Ketua Jurulatih Kuching FA, Shahrizan Sahari ketika ditemui selepas perlawanan.

Kuching FA akan memulakan kempen pusingan kedua Piala FAM 2018 dengan menentang MPKB BRI-UBES FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 22 April ini.

 ??  ?? DIASAK: Penyerang Kuching FA, Sufizal Ismail (kanan) diasak pertahanan KS DBKL pada perlawanan Piala FAM 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya petang semalam.
DIASAK: Penyerang Kuching FA, Sufizal Ismail (kanan) diasak pertahanan KS DBKL pada perlawanan Piala FAM 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia