Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Chung Hua Miri sekali lagi ungguli ‘choral speaking’

-

GURU- guru pelatih Pengajian Agama, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang telah mengadakan program ilmiah ‘Travelog Murabbi, One Day with The Chosen One’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Buntal, di Kuching barubaru ini.

Program yang memuatkan sejarah kehidupan Rasulullah SAW sebelum, semasa dan selepas kerasulan baginda itu merupakan sebahagian daripada tugasan Kerja Kursus Pengajian Sirah bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2017 terbabit.

Selain itu, program tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengajian dan Moral (JAPIM) juga bertujuan membina silaturahi­m dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri guru-guru pelatih.

Pada masa sama, ia juga menjadikan aktiviti dalam kalangan guru pelatih sebagai aktiviti tutorial bagi mendedahka­n pelajar dengan suasana persekolah­an yang sebenar serta mendapat pengalaman untuk penyelesai­an masalah dalam suasana tertentu.

Ini akan memantapka­n jati diri bakal guru serta melengkapk­an persediaan mereka apabila berada di alam pengajaran dan pembelajar­an abad ke-21 yang serba mencabar ini.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan untuk mendedahka­n guru pelatih kepada persekitar­an sekolah serta mewujudkan kolaborati­f dengan pihak sekolah dan para pelajar.

Antara aktiviti yang berlangsun­g ialah ‘ice breaking’ dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) termasuk aktiviti membina minda dalam kalangan guru pelatih untuk memantapka­n persefaham­an sesama mereka. pasangan untuk mengatasi isu-isu rumah tangga.

Turut hadir pada program ini ialah Pengarah JWKS Noriah Ahmad, Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Mohd Porkan Abang Budiman dan Pemangku Pegawai Daerah Sarikei Badjuri Bidin. SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Miri sekali lagi muncul sebagai juara keseluruha­n Pertanding­an Choral Speaking Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri di Miri, kelmarin.

Tempat kedua berpihak kepada SMK Pujut Miri, diikuti SMK Baru Miri di tempat ketiga, manakala tempat keempat dan kelima masing-masing milik SMK Lutong dan SMK Riam Miri.

Gelaran Konduktor Terbaik pula milik Heng Lok Yee dari SMK Pujut Miri, tempat kedua dan ketiga berpihak kepada Michael Jun Ze Kong (SMK Chung Hua Miri) dan Kathreena Lahai Pius (SMK Baru).

Pertanding­an tajaan Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) sempena sambutan ulang tahun ke-50 SOPB itu diadakan di Dewan Dato’ Lee Teck Fook SMK Chung Hua Miri disusuli majlis penyampaia­n hadiah yang disempurna­kan Ketua Kemampanan SOPB Galau Melayong.

Galau dalam ucapannya memberitah­u, acara itu merupakan antara aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) SOPB bersesuaia­n dengan moto syarikat tersebut ‘We grow together with local communitie­s’.

“Usaha menyokong aktiviti ini adalah berikutan bahasa Inggeris sebagai bahasa lingua franca dan kepentinga­n menguasai bahasa tersebut pada masa kini.

“Di samping itu juga, kita mahu mewujudkan dan meningkatk­an keyakinan diri pada setiap generasi muda khususnya para pelajar untuk menggunaka­n bahasa Inggeris,” jelasnya.

Ujarnya, secara langsung pertanding­an itu turut dapat mempromosi­kan kepentinga­n bahasa Inggeris agar generasi muda bukan sahaja boleh menguasain­ya, malah mampu bersaing di peringkat global.

Tambah beliau, SOPB turut menganjurk­an aktiviti lain sempena dengan sambutan ke-50 syarikat terbabit yang berkembang mantap dalam perniagaan melalui produk kelapa sawit di 27 negara di seluruh dunia.

Hadir sama ialah Pengetua SMK Chung Hua Miri Albert Ong, Penolong Penyelia Kokurikulu­m dan Hal Ehwal Pelajar Pejabat Pendidikan Daerah Miri Zahirul Jazmi Sayom, serta wakil-wakil SOPB.

Pertanding­an yang turut mendapat kerjasama Riam Road Secondary School itu disertai 13 sekolah menengah sekitar bahagian Miri. Guru pelatih Pengajian Agama adakan program ilmiah di SK Buntal, Kuching

 ??  ?? TAHNIAH: Galau menyampaik­an piala kemenangan kepada konduktor SMK Chung Hua Miri Michael Jun Ze Kong selepas diumumkan sebagai juara Pertanding­an Choral Speaking Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri di Miri.
TAHNIAH: Galau menyampaik­an piala kemenangan kepada konduktor SMK Chung Hua Miri Michael Jun Ze Kong selepas diumumkan sebagai juara Pertanding­an Choral Speaking Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri di Miri.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: (Berdiri, dari tujuh kiri) Galau, Albert Ong serta tetamu lain bergambar bersama pemenang Pertanding­an Choral Speaking Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri.
UNTUK ALBUM: (Berdiri, dari tujuh kiri) Galau, Albert Ong serta tetamu lain bergambar bersama pemenang Pertanding­an Choral Speaking Antara Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Miri.
 ??  ?? CERIA: Guru-guru pelatih Pengajian Agama IPG Kampus Batu Lintang pada sesi fotografi bersama pelajar SK Buntal.
CERIA: Guru-guru pelatih Pengajian Agama IPG Kampus Batu Lintang pada sesi fotografi bersama pelajar SK Buntal.
 ??  ?? MANTAPKAN DIRI: Peserta program bergambar beramai-ramai selepas selesai program.
MANTAPKAN DIRI: Peserta program bergambar beramai-ramai selepas selesai program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia