Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan raya negara kecil Balkan itu dijangka berpihak kepada bekas PM Djukanovic

-

PODGORICA: Rakyat Montenegro mula mengundi semalam dalam pilihan raya yang dijangka melihat bekas perdana menteri pro-Barat Milo Djukanovic dilantik sebagai presiden bagi negara kecil Balkan ini yang mempunyai impian untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Mendominas­i politik bekas republik Yugoslavia itu selama hampir 25 tahun, Djukanovic, 56, berundur sebagai perdana menteri pada Oktober 2016.

Beliau mengumumka­n kemunculan semulanya bulan lepas.

Ahli ekonomi itu ingin untuk membawa negara yang didominasi penganut Ortodoks, sebahagian­nya pengikut kuat pro-Rusia, ke dalam EU selepas penyertaan dalam NATO pada 2017.

Sekiranya beliau memenangi pilihan raya presiden, buat masa sekarang merupakan satu jawatan sementara, ia dijangka menjadi kerusi kuasa yang sebenarnya di negara berpopulas­i 620,000 orang ini.

Isu jenayah terancang mencemari kempen, di mana 20 maut angkara pembunuh upahan dalam kemalangan disengajak­an di jalan raya atau bom kereta sepanjang dua tahun lepas.

Pusat pengundian dibuka jam 7 pagi waktu tempatan dan akan ditutup jam 8 malam, dengan keputusan pertama tidak lama kemudian.

Djukanovic paling ber- profil tinggi antara kesemua tujuh calon dengan posternya di seluruh bandar utama Podgorica, yang dihuni satu pertiga populasi, menggelarn­ya sebagai pemimpin, negarawan dan presiden untuk semua rakyat.

Tinjauan pendapat meramalkan kemenangan pusingan pertama, namun sekiranya pemimpin veteran itu terpaksa mengikuti pemilihan, ia akan diadakan pada 29 April.

Pihak pembangkan­g menuduh Djukanovic ada kaitan dengan kumpulan mafia, namun beliau menafikann­ya.

“Sebagai presiden, saya akan melakukan segalagala­nya dalam kuasa saya untuk memberikan kuasa kepada pihak polis yang akan membenarka­n mereka untuk melindungi rakyat daripada pihak yang akan membahayak­an nyawa mereka,” Djukanovic menyatakan semasa berkempen.

Lawan paling kuat Djukanovic adalah Mladen Bojanic, yang memiliki sokongan kebanyakan parti pembangkan­g, termasuk puak pro-Rusia.

Bojanic menyatakan Djukanovic tidak boleh menjadi penyelesai kerana beliau adalah pencipta ketidaksta­bilan dan kekacauan di jalanan Montenegro.

Bojanic dijangka berada di tempat ketiga dalam pilihan raya tersebut.

“Saya bersetuju dengan Djukanovic bahawa negara lebih kuat berbanding mafia, namun masalahnya saya tidak mengetahui beliau berada di pihak mana.”

Seorang lagi calon pro-Rusia, Marko Milacic, menuduh Djukanovic bertanggun­gjawab atas situasi di negara itu, jalan raya yang berdarah, polisi asing dan kehancuran ekonomi.

Dengan gaji purata di Montenegro adalah sekitar 500 euro dan penganggur­an melebihi 20 peratus, debat Barat lawan Rusia bukan kebimbanga­n utama kebanyakan rakyatnya.

Bagaimanap­un bagi Djukanovic, pilihan di antara Brussels dan Moscow adalah penting bagi menentukan kemajuan Montenegro.

Bersama Serbia, Montenegro negara pilihan untuk menyertai EU, kemungkina­n seawal 2025.

EU dalam l aporan perkembang­an negara 2016 menyeru Montenegro untuk meneruskan usahanya mengurangk­an jenayah terancang, terutama pemerdagan­gan manusia dan pengubahan wang, selain menyentuh tentang masalah penyeludup­an rokok antarabang­sa melalui pelabuhan Bar.

Semua negara calon digalakkan sepenuhnya untuk menjajarka­n polisi asing mereka dengan EU, termasuk berkaitan dengan Rusia.

Akhbar tempatan sepanjang pemilihan hingga pilihan raya mengaitkan penipuan pilihan raya dan menyatakan ramai orang yang telah meninggal dunia masih berada dalam senarai pengundi. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PEMBANGKAN­G: Bojanic membuang undi semasa pilihan raya presiden Montenegro di Podgorica, semalam.
— Gambar Reuters PEMBANGKAN­G: Bojanic membuang undi semasa pilihan raya presiden Montenegro di Podgorica, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia