Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga peringati tahun keempat penculikan gadis Chibok

-

CHIBOK: Ibu bapa pelajar perempuan Chibok yang hilang kelmarin memperinga­ti ulang tahun keempat penculikan mereka oleh Boko Haram, memperbaha­rui permintaan bagi pembebasan mereka dan ribuan lagi yang diculik dalam konflik berdarah di timur laut Nigeria.

Puluhan ibu bapa menyertai ribuan penduduk berarak ke Sekolah Menengah Perempuan Kerajaan, di mana 276 pelajar perempuan diculik pada petang 14 April, 2014.

Seramai 57 mangsa berjaya melepaskan diri susulan kejadian tersebut dan empat tahun seterusnya, 112 masih ditahan, simbol global keganasan Islamis yang menjejaska­n wilayah itu.

Seorang wartawan Nigeria yang pernah terlibat dalam rundingan dengan Boko Haram menyatakan kelmarin beliau mempunyai maklumat hanya 15 daripada 112 mangsa masih hilang.

Di Chibok, ibu bapa yang mana anak perempuan mereka telah dibebaskan, memakai pakaian serba putih dalam acara dua jam itu, sementara mereka yang mana anak perempuan mereka masih ditahan, berpakaian serba hitam.

Hannatu Daudu, yang mana anak perempuann­ya Saratu masih ditahan, memberitah­u orang ramai dengan penuh emosi: “Satu- satunya doa kamu adalah agar anak perempuan kami dibebaskan dan dikembalik­an ke pangkuan kami.”

“Kami perlu tahu sama ada mereka masih hidup atau mati.

“Sekiranya mereka masih hidup, biarlah mereka kembali kepada kami.

“Sekiranya mereka telah meninggal dunia, beritahula­h kami supaya sekurangku­rangnya kami boleh berdoa untuk mereka dan kemudian berdepan dengan kesedihan ini,” tegasnya.

Acara Chibok, yang termasuk doa oleh penganut Kristian dan Islam, antara upacara peringatan dan bantahan sempena ulang tahun keempat penculikan itu di seluruh Nigeria.

Presiden Nigeria pada 2014, Goodluck Jonathan, teruk dikritik gara- gara responsnya terhadap penculikan itu namun penggantin­ya Muhammadu Buhari, juga tidak berjaya.

Sejak 2016, 107 gadis telah ditemui, dibebas atau melepaskan diri sebagai se- bahagian perjanjian kerajaan dengan Boko Haram dan pihak pentadbira­n menyatakan rundingan secara sembunyi dilakukan bagi pembebasan seterusnya dan penamat konflik yang lebih meluas.

Yakubu Nkeki, ketua persatuan ibu bapa pelajar perempuan Chibok, memberitah­u: “Kami berdoa untuk setiap rakyat Nigeria yang berada dalam tahanan Boko Haram.”

“Biarlah kerajaan melakukan sebaik mungkin bagi melihat setiap rakyat Nigeria di tangan Boko Haram akan dibebaskan tahun ini.

Buhari, yang bercakap untuk pemilihan semula tahun depan, memberitah­u ibu bapa gadis Chibok bahawa anak mereka tidak akan dilupakan atau dibiarkan bagi menentukan nasib mereka.

Pada Februari, para pejuang yang setia kepada kumpulan Boko Haram yang diketuai Abu Mus’ab al- Barnawi, menculik 112 pelajar perempuan dan seorang budak lelaki dari pekan Dapchi, di daerah Yobe.

Seramai 107 telah dihantar pulang pada pertengaha­n Mac.

Lima dilaporkan mati, sementara seorang budak perempuan, pelajar Kristian tunggal dalam kumpulan tersebut, masih ditahan.

Buhari menyatakan kepulangan sebegitu ramai pelajar dari Dapchi dan Chibok seharusnya memberikan keyakinan bahawa harapan masih ada dan menunjukka­n kerajaan sedang melakukan sebaik mungkin.

Beberapa ibu bapa dari Dapchi berada di Chibok kelmarin dalam pertunjuka­n perpaduan.

Buhari menyatakan terdapat keputusan yang tidak dijangkaka­n dalam rundingan kerana perbalahan dalam Boko Haram.

Namjn beliau menambah: “Kami akan terus untuk mendesak, dan para ibu bapa tidak seharusnya berputus asa.”

Boko Haram menggunaka­n penculikan sebagai senjata perang semasa konflik, menculik wanita dan budak perempuan untuk dijadikan hamba seks atau pengebom nekad, manakala kaum lelaki dan budak lelaki dipaksa berperang.

UNICEF menyatakan minggu ini lebih 1,000 kanakkanak disahkan diculik di timur laut Nigeria sejak 2013, walaupun jumlah sebenar dianggarka­n lebih tinggi.

Pengarah Amnesty Internatio­nal di Nigeria Osai Ojigho menyatakan penculikan Chibok sebagai bahagian kecil dalam isu yang lebuh besar. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUGUL: Ibu bapa gadis Chibok yang masih hilang berpakaian serba hitam semasa berdoa untuk pembebasan anak mereka semasa upacara peringatan tahun keempat penculikan itu di bandar Chibok, negeri Borno kelmarin.
— Gambar AFP SUGUL: Ibu bapa gadis Chibok yang masih hilang berpakaian serba hitam semasa berdoa untuk pembebasan anak mereka semasa upacara peringatan tahun keempat penculikan itu di bandar Chibok, negeri Borno kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia