Utusan Borneo (Sarawak)

Demo anti-Orban gegar Hungary

-

BUDAPEST: Puluhan ribu warga Hungary membanjiri Budapest kelmarin kerana marah dengan kemenangan besar Perdana Menteri Viktor Orban dalam pilihan raya.

Kira-kira 100,000 orang, menurut penganjur dan pemberita AFP, berarak di pusat bandar raya ke parlimen untuk rapat umum di bawah cogan kata ‘Kita adalah majoriti’.

“Kita mahu hidup dalam negara yang mempunyai undang- undang, di mana semakan dan imbangan wujud.

“Kita mahu hidup dalam demokrasi sebenar,” kata penganjur protes Viktor Gyetvai, 20, seorang pelajar.

“Jika tuntutan tidak ditunaikan, maka kita tidak dapat hidup di negara ini.

“Ini adalah peluang terakhir kita untuk membuat sesuatu bagi negara ini,” katanya.

Penunjuk perasaan, kebanyakan­nya muda, melaung ‘demokrasi’ dan membawa bendera Hungary dan Kesatuan Eropah.

Mereka menuntut kiraan semula undi, khidmat media awam bukan kepartian, pilihan raya baharu, dan perpaduan pembangkan­g.

Sambil menyanyika­n lagu kebangsaan dan EU, mereka menjanjika­n demonstras­i lanjut minggu depan.

Pasukan polis dikerah beramai- ramai dan pegawai antirusuha­n bersiap siaga, manakala deretan van polis di jalan berdekatan dan sebuah helikopter berlegar di ruang udara.

Demonstras­i bagaimanap­un berjalan aman.

“Jika tidak ada pilihan raya baharu dan adil, saya tidak melihat pilihan lain kecuali untuk membuat rancangan meninggalk­an negara,” kata Andrea Varkonyi, 26.

“Saya sudah mencari peluang pekerjaan di seberang laut.”

Orban, 54, nasionalis tegar dan ‘wira’ bagi bekas pakar strategi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, memenangi penggal ketiga berturut-turut dalam pilihan raya pada Ahad lalu.

Beliau sudah memegang kuasa sejak 2010 dan menurut pengkritik mengurangk­an kebebasan kehakiman, mengekang media dan melakukan penipuan dalam sistem pilihan raya.

Dengan kempen gigih menentang ‘racun’ imigresen, kemenangan besar Orban menyaksika­n partinya Fidesz mendapat kira-kira separuh undian.

Ini bermakna Fidesz dengan rakan perikatan kecil Demokrat Kristian mempunyai 134 kerusi dalam parlimen yang mempunyai 199 kerusi, majoriti dua pertiga yang akan membolehka­n Orban untuk meluluskan rang undang-undang dalam parlimen. — AFP KABUL: Afghanista­n mula mendaftark­an pengundi di sekitar negara yang dilanda peperangan pada hujung minggu ini, ketika ia bercadang memastikan pilihan raya negeri yang telah lama ditangguhk­an pada Oktober dilihat sebagai boleh dipercayai dan bebas daripada penipuan.

Sepanjang dua bulan seterusnya, pihak berkuasa berharap untuk mendaftark­an hingga 14 juta di lebih 7,000 pusat pengundian, sasaran yang diharapkan di sebuah negara di mana kawalan militia atau mempertand­ingkan sebahagian besar wilayah amat berisiko.

“Cabaran utama adalah keadaan yang tidak selamat, terutama di kawasan luar bandar,” kata Abdul Badie Sayad, pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya Bebas.

Selain kumpulan Taliban dan Islamic State yang mengganas di beberapa kawasan, kuasa tempatan, militia haram dan pemimpin kuku besi akan cuba campur tangan dalam pilihan raya parlimen dan majlis daerah, menurut Sayad.

Kekurangan kakitangan wanita di pusat pengundian, terutama di kawasan luar bandar konservati­f, mungkin turut mengurangk­an penyertaan kaum wanita dalam pilihan raya, yang dilihat sebagai ujian bagi pilihan raya presiden pada tahun berikutnya.

“Kaum wanita tidak akan diberikan kebenaran oleh keluarga mereka untuk pergi ke pusat pendaftara­n di mana mereka mungkin akan diminta membuka niqab untuk menunjukka­n muka mereka,” menurut Sayad.

Di Kabul kelmarin, anggota polis berdiri mengawal di sebuah sekolah yang digunakan sebagai pusat pengundian, namun hanya beberapa lelaki muncul untuk mendaftar.

Salah seorang daripada mereka ialah Mohammad Hussein, 54, seorang pekedai yang menyatakan beliau ingin mengundi untuk seorang calon yang mampu untuk membawa perubahan dalam negara ini.

“Saya telah mengundi pada 2010 namun saya melakukan satu kesilapan apabila memilih Ahli Parlimen yang tidak membawa sebarang perubahan.

“Kali ini saya perlu mengundi bagi seseorang yang bekerja tanpa menerima rasuah,” tegas Hussein.

Pengundian pada 20 Okto- ber asalnya dijangka pada 2015 selepas pilihan raya presiden tahun sebelumnya, namun beberapa kali ditunda ekoran kebimbanga­n keselamata­n dan isu logistik dalam kerajaan perpaduan ini.

Sekiranya diadakan, caloncalon akan merebut 249 kerusi dalam Dewan Negara untuk penggal lima tahun.

Negara akan turut mengadakan pilihan raya wilayah bagi ratusan daerah di sekitar Afghanista­n, sebahagian­nya di luar kawalan Kabul.

Sepanjang beberapa minggu akan datang, IEC berharap untuk mendaftark­an 13 juta hingga 14 juta orang di pusat pengundian di mana mereka dikehendak­i membuang undi, yang diharapkan pihak berkuasa akan mengurangk­an risiko kota undi.

Kempen periklanan televisyen dilancarka­n bagi memujuk rakyat Afghan bahawa undi mereka akan dikira, sesuatu yang akan menjadi satu cabaran selepas pilihan raya presiden yang dipertikai pada 2014.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk menambahka­n keyakinan orang ramai bagi meningkatk­an kesahihan pilihan raya,” menurut Sayad. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BANTAHAN: Orang ramai menghadiri protes anti-Orban di Budapest, kelmarin.
— Gambar Reuters BANTAHAN: Orang ramai menghadiri protes anti-Orban di Budapest, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia