Utusan Borneo (Sarawak)

Kim sambut kunjungan pegawai China

-

SEOUL: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sendiri menyambut seorang pegawai tertinggi dari China di Pyongyang dan menuntut hubungan yang lebih erat dengan Beijing, kata media kerajaan semalam, ketika sekutu tradisi itu cuba memulihkan hubungan yang rosak.

Kim berjumpa dengan Song Tao, ketua jabatan antarabang­sa dalam Jawatankua­sa Pusat Parti Komunis China, yang mengetuai satu rombongan kesenian untuk menyertai sebuah pesta musim bunga di ibu kota Korea Utara.

Delegasi tiba hanya beberapa minggu sahaja selepas Kim melakukan lawatan mengejut ke Beijing dan berjumpa dengan Presiden China, Xi Jinping, yang menandakan usaha oleh kedua-dua pemimpin untuk menguatkan lagi pakatan penting menjelang tempoh diplomasi yang amat penting.

Kim dijangka mengadakan sidang kemuncak dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae- in pada bulan ini dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada mingguming­gu berikutnya.

Agensi berita rasmi Korea Utara KCNA berkata, Kim menyambut Song dan delegasiny­a dalam satu pertemuan kelmarin di mana Song menyampaik­an ‘salam mesra’ Xi.

Kedua-dua mereka bertukar-tukar pandangan yang mendalam mengenai perkara penting yang melibatkan kedua-dua negara dan situasi antarabang­sa, kata KCNA tanpa memberi maklumat lanjut.

“Pemimpin Tertinggi berkata dia akan memajukan ke hadapan dan mengembang­kan secara positif persahabat­an tradisiona­l DPARK-China ke dalam fasa baharu pembanguna­n seperti yang dituntut oleh era baharu,” ujarnya dengan menggunaka­n akronim rasmi Korea Utara.

Beijing merupakan sekutu utama tunggal Korea Utara, pakatan yang bermula pada waktu Perang Korea 19501953, tetapi hubungan merosot selepas China menyokong sekatan Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu untuk menghukum Pyongyang berhubung program senjata nuklearnya.

Lebih banyak perbincang­an dan kerjasama peringkat tinggi akan menyusul di antara Beijing dan Pyongyang, laporan itu memetik Kim sebagai berkata.

Dalam jawapannya, Song berjanji untuk memberi “sumbangan baharu kepada usaha menggalakk­an perkembang­an yang berpanjang­an dan stabil dalam hubungan China-DPRK”.

Kim turut mengadakan bankuet untuk delegasi China, di mana pegawai daripada kedua-dua pihak meraikan keinginan mereka yang sama untuk menghiasi taman bunga persahabat­an DPRK-China dengan lebih cantik lagi.

Gambar yang disiarkan oleh akhbar rasmi Rodong Sinmun menunjukka­n pegawai China dan Korea Utara duduk di beberapa buah meja bulat dalam sebuah dewan bankuet yang begitu besar dengan mural Kim dan Xi yang berjabat tangan menghiasi sebelah dinding.

Satu lagi gambar menunjukka­n orkestra Korea Utara membuat persembaha­n dengan gambar besar Xi yang dipancarka­n pada latar belakang.

Song mengetuai rombongan kesenian China yang menyertai perayaan kesenian musim bunga di Pyongyang yang diadakan sebagai sebahagian daripada acara peringatan sempena ulang tahun kelahiran pengasas Korea Utara, Kim Il Sung, pada 15 April 1912.

Artis asing dan Korea Utara mengambil bahagian, dan acra selama seminggu pada tahun ini termasuk konsert, persembaha­n tarian dan akrobatik.

KCNA turut mengeluark­an satu laporan berasingan yang jarang sekali dilakukan mengenai isteri Kim yang menonton persembaha­n oleh rombongan kesenian China kelmarin tanpa suaminya.

“Wanita Pertama Ri Sol Ju menikmati drama tarian balet ‘Giselle’ yang dipersemba­hkan oleh Balet Negara China,” KCNA melaporkan dan menambah dia mengadakan “perbualan mesra” dengan tetamu sebelum persembaha­n disampaika­n.

China sudah menghantar rombongan kesenian ke setiap pesta sejak 1986, kecuali pada 2016. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MISI MENAWAN HATI: Gambar yang dirakam kelmarin dan diserahkan KCNA semalam menunjukka­n (barisan tengah dari kiri) Kim Yo Jong, Song Tao dan Ri Sol Ju menyaksika­n persembaha­n balet oleh Balet Negara China di Pyongyang.
— Gambar AFP MISI MENAWAN HATI: Gambar yang dirakam kelmarin dan diserahkan KCNA semalam menunjukka­n (barisan tengah dari kiri) Kim Yo Jong, Song Tao dan Ri Sol Ju menyaksika­n persembaha­n balet oleh Balet Negara China di Pyongyang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia