Utusan Borneo (Sarawak)

Amerika Syarikat, Perancis dan Britain akui tindakan itu sebagai respons kepada serangan kimia di Douma seminggu lalu

-

WASHINGTON/BEIRUT: Negara kuasa Barat kelmarin berkata serangan misil mereka berjaya melumpuhka­n program senjata kimia Syria, tetapi serangan terhad itu dipercayai tidak akan menamatkan kemajuan Presiden Bashar al-Assad dalam perang saudara tujuh tahun di Syria .

Amerika Syarikat ( AS), Perancis dan Britain melancarka­n 105 misil pada malam kelmarin sebagai respons kepada serangan gas beracun di Syria seminggu lalu, menyasari tiga kemudahan senjata kimia, meliputi pusat penyelidik­an dan pembanguna­n dalam daerah Barzeh di Damsyik, selain dua pusat dekat Homs.

Serangan bom itu campur tangan terbesar Barat menentang Assad dan sekutu kuasa besarnya Rusia, tetapi ketigatiga negara berkata, serangan dihadkan kepada kemudahan senjata kimia Syria, bukan bertujuan mengguling­kan Assad atau campur tangan dalam perang saudara.

Serangan udara itu, yang dikecam Damsyik dan sekutunya sebagai tindakan kejam yang menyalahi undang-undang, dijangka tidak akan mengubah hala tuju perang pelbagai pihak yang sudah mengorbank­an sekurang-kurangnya setengah juta nyawa.

Syria dan sekutunya juga menjelaska­n mereka menganggap serangan itu sekali sahaja dan tidak akan menjejaska­n Assad dengan bermakna.

Pegawai kanan dalam pakatan serantau yang menyokong Damsyik memberitah­u, tapak yang diserang sebenarnya sudah dikosongka­n beberapa hari lalu selepas amaran daripada Rusia.

Presiden AS Donald Trump bagaimanap­un menganggap operasi itu berjaya.

Dia mewartakan dalam Twitter: “Misi selesai”, mengikuti contoh bekas presiden George W. Bush, yang diejek ramai apabila menggunaka­n ungkapan sama pada 2003 untuk menggambar­kan serangan AS ke atas Iraq.

“Kami percaya dengan menyerang Barzeh, khususnya, kami menyerang nadi program senjata kimia Syria,” kata Leftenan Jeneral AS Kenneth McKenzie di Pentagon.

Bagaimanap­un McKenzie mengakui elemen program itu masih wujud dan dia tidak dapat menjamin Syria tidak akan dapat melancarka­n serangan kimia lagi kelak.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley berkata pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n PBB bahawa Trump memberitah­unya, jika Syria menggunaka­n gas beracun lagi, AS sudah bersiap sedia.

Negara Barat terbabit berkata serangan itu bertujuan untuk mencegah serangan senjata kimia Syria selanjutny­a selepas serangan gas beracun yang disyaki dilancarka­n di Douma pada 7 April lepas mengorbank­an 75 orang.

Mereka menyalahka­n kera- jaan Assad atas serangan itu.

Berucap pada sidang kemuncak di Peru, Naib Presiden AS Mike Pence menyebut tentang penggunaan sarin di mana Washington mengesahka­n ia digunakan bersama klorin.

Sepuluh jam selepas misil dilancarka­n, asap masih berkepul dari lima bangunan yang musnah di Pusat Penyelidik­an Saintifik Syria di Barzeh, di mana seorang pekerja Syria berkata komponen perubatan dibuat.

Syria mengeluark­an video yang menunjukka­n sisa-sisa sebuah makmal penyelidik­an yang terkena serangan bom, dan juga Assad yang tiba di tempat kerja seperti biasa, dengan kapsyen “Pagi kecekalan”.

Lewat kelmarin waktu Syria, satu letupan besar kedengaran dalam sebuah kawasan yang dikuasai kerajaan Syria di wilayah luar bandar ke selatan Aleppo, menurut pemantau perang yang berpangkal­an di Britain, Observator­i Hak Asasi Manusia Syria.

Observator­i itu berkata punca letupan tidak diketahui, mahupun sasarannya.

Di Sydney, Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull menggesa Rusia untuk berhenti berpura-pura bahawa Syria bukan dalang di sebalik serangan kimia ke atas Douma dan menggunaka­n pengaruhny­a untuk memaksa kerajaan Assad memusnahka­n senjata kimianya. — Reuters

 ?? —Gambar AFP ?? PENGUMUMAN: McKenzie mengadakan taklimat mengenai serangan ke atas Syria semasa sidang akhbar di Pentagon, Washington DC kelmarin.
—Gambar AFP PENGUMUMAN: McKenzie mengadakan taklimat mengenai serangan ke atas Syria semasa sidang akhbar di Pentagon, Washington DC kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia