Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan roket, bom kereta gegar Timbuktu

-

BAMAKO: Satuserang­anroket dan bom kereta mengorbank­an seorang anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melukakan 12 orang dan mencederak­an 12 lagi askar Perancis di kawasan lapangan terbang Timbuktu, kata kementeria­n keselamata­n Mali kelmarin.

Satu serangan pengganas menyasari kem Perancis di Barkhan, selain tentera PBB yang ditempatka­n di luar kota utara Mali itu selepas tengah hari, kata kementeria­n itu dalam Facebook.

Dua belas roket dilepaskan ke kedua-dua kem tersebut dan lelaki bersenjata yang memakai topi keledar biru PBB menaiki dua kenderaan yang dipasang dengan bom.

“Salah sebuah kenderaan meletup, manakala kenderaan kedua yang tertera tanda PBB dihentikan,” kenyataan itu menambah.

Kementeria­n itu berkata, bilangan kematian terbaharu adalah seorang askar yang maut, 12 luka, lima daripadany­a serius, dan 12 askar Perancis yang turut cedera.

“Pertempura­n berakhir sekitar jam 6.30 petang. Sektor terbabit sedang diperiksa. Situasi terkawal,” ujarnya.

Sumber keselamata­n luar memberitah­u AFP serangan itu “luar biasa” di Timbuktu.

PBB sebelum ini mengeluark­an bilangan kematian yang sama bagi anggotanya.

Dalam satu tweet, Misi Penstabila­n Bersepadu Multi Dimensi PBB di Mali mengumumka­n, “Satu topi keledar biru terbunuh dalam pertempura­n dengan penyerang, 12 cedera”.

MINUSMA terdahulu mengesahka­n serangan besar yang rumit ke atas kem di Timbuktu pada tengah hari tadi melibatkan mortar, pertempura­n dan kenderaan serangan nekad.

“Ini adalah kali pertama serangan pada skala ini berlaku ke atas MINUSMA di Timbuktu,” kata sumber keselamata­n itu.

“Kami tidak pernah melihat serangan seperti ini,” kata seorang pegawai dari pejabat gabenor Timbuktu kepada AFP.

“Bedilan, roket, letupan dan malah mungkin pengebom nekad.”

Pergolakan di Mali berpunca daripada pemberonta­kan pemisah Tuareg pada 2012 menentang kerajaan, yang dieksploit­asi oleh puak pelampau untuk mengambil alih bandar penting di utara negara.

Lebih 12 buah makam keramat di Timbuktu, yang dibina pada abad-abad ke15 dan ke-16 ketika kota itu disanjung sebagai pusat pengajian Islam, musnah dibakar dalam kempen menentang pendewaan oleh kumpulan jihad yang dikaitkan dengan Al-Qaeda pada 2012.

PBB mempunyai hampir 13,000 anggota tentera dan polis di Mali, kebanyakan­nya dikerahkan ke utara negara yang tidak mempedulik­an undang-undang.

Tujuh anggota PBB sudah maut dalam serangan di Mali pada tahun ini sahaja, berkhidmat dalam misi yang digambarka­n sebagai paling berbahaya bagi PBB.

Seramai 102 anggota sudah terbunuh sejak pengerahan MINUSMA bermula pada 2013.

Pelampau Islam yang dikaitkan dengan Al-Qaeda menguasai gurun ke utara Mali pada awal 2012 tetapi amnya sudah diusir dalam operasi tentera perikatan Perancis yang dilancarka­n pada Januari 2013. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia