Utusan Borneo (Sarawak)

Letupan gegarkan pangkalan Iran di utara Syria

-

BEIRUT: Satu letupan telah menggegark­an sebuah kawasan di utara Syria kelmarin berhampira­n sebuah pangkalan di mana para pejuang pro-rejim Iran dan militia sekutu Syiah telah ditempatka­n, menurut sebuah badan pemerhati.

Punca letupan adalah masih belum jelas dan mungkin telah berpunca dari satu serangan udara atau satu insiden di se- buah depot senjata, menurut pihak Syrian

Observator­y for Human Rights.

“Satu letupan yang sangat kuat telah berlaku pada lewat kelmarin di sebuah kawasan di wilayah selatan Aleppo,” menurut kumpulan pemerhati yang berpusat di Britain.

Ketua badan pemerhati peperangan, Rami Abdel Rah- man, menyatakan kawasan itu diketahui telah menjadi tuan rumah bagi pasukan tentera Iran yang diarahkan di Syria bagi membantu rejim Presiden Bashar al-Assad termasuk pejuang bersekutu Afghan dari Briged Fatemiyoun.

Kuasa- kuasa Barat telah melakukan serangan terbesar mereka terhadap rejim Assad sebelum awal pagi kelmarin dengan serangan menuju sasaran yang menurut mereka telah dikaitkan dengan program senjata kimia Syria.

Pentagon kemudian menyatakan tiada serangan lanjut telah dirancangk­an sebagai sebahagian dari satu operasi yang dilancarka­n seminggu selepas satu serangan kimia yang disyaki terhadap peka persembuny­ian pemberonta­k di Douma yang mengorbank­an ramai orang.

Israel, yang tidak terlibat dalam gelombang tidak dijangkaka­n kelmarin bagi serangan misil namun menyuaraka­n sokongan penuh, telah sebulat suara melancarka­n serangan udara terhadap beberapa sasaran yang berada di dalam Syria dalam beberapa kejadian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia