Utusan Borneo (Sarawak)

Pasaran getah dijangka stabil

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka stabil minggu ini berikutan jangkaan permintaan yang kukuh komoditi berkenaan pada bulan-bulan akan datang, kata seorang peniaga.

Menurutnya, sentimen positif itu berikutan laporan baru-baru ini mengenai situasi bekalan-permintaan yang menggalakk­an untuk getah asli ( NR) dijangka akan berterusan menyokong harga komoditi berkenaan

Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) pada 12 April melaporkan bahawa permintaan global terhadap NR berkembang 7.6 peratus kepada 3.361 juta tan metrik pada suku pertama tahun ini, berbanding 3.123 juta tan metrik pada suku sama 2017.

Dalam tempoh sama, bekalan gobal NR men- catatkan pertumbuha­n 3.3 peratus kepada 3.152 juta tan metrik pada asas tahun ke tahun.

“Harga minyak dunia yang kukuh akan meningkatk­an harga getah sintetik yang mana ia adalah positif kepada NR,” katanya kepada Bernama.

Katanya, harga getah juga akan bergerak selari dengan komoditi lain, juga dengan pasaran hadapan seperti Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM) dan Bursa Hadapan Shanghai.

“Pergerakan pasaran hadapan akan mengambil kira antaranya, prospek yang tidak menentu berikutan ketegangan dagangan antara China dan Amerika Syarikat, kebimbanga­n terhadap peningkata­n inventori di pasaran hadapan dan pergerakan mata wang,” tambahnya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran diniagakan kebanyakan­nya bercampurc­ampur menjejaki tanda yang bercampur- campur daripada pasaran hadapan getah serantau, juga pergerakan harga minyak mentah.

Asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 meningkat 19 sen kepada 534 sen sekilogram minggu lepas manakala lateks pukal meningkat 2.5 sen sekilogram berbanding 453 sen sekilogram.

Harga penutup rasmi jam 5 petang bagi SMR 20 meningkat 15.5 sen kepada 631.5 sen sekilogram berbanding 516 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 7.5 sen pada 447.5 sen sekilogram berbanding 455.0 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia