Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM dijangka saksikan dagangan bercampur-campur

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka bercampur- campur minggu ini berikutan sentimen bercampur- campur yang menyelubun­gi pasaran.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata pasaran besar kemungkina­n diniagakan antara RM2,350 dan RM2,450 setan metrik.

Katanya, penguranga­n dalam stok Malaysia dan jangkaan terhadap permintaan yang tinggi minyak sawit terutama di negara-negara Islam memandangk­an bulan Ramadan yang akan tiba pada Mei, dijangka menyokong harga dan akan mengurangk­an stok.

Dengan jangkaan penge- luaran yang meningkat berikutan cuaca yang baik pada minggu-minggu akan datang, ia akan mengehadka­n keuntungan, katanya.

Pada Selasa, Lembaga Minyak Sawit Malaysia ( MPOB) mengumumka­n bahawa jumlah keseluruha­n stok minyak sawit pada Mac susut 6.24 peratus kepada 2.32 juta tan metrik berbanding 2.48 juta tan metrik pada Februari 2018.

Pengeluara­n MSM meningkat kepada 1.57 juta tan metrik bulan ke bulan berbanding 1.34 juta tan metrik sebelumnya.

Katanya, pemain pasaran juga dijangka memberikan fokus kepada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Sementara itu, MPOB mengumumka­n pengenalan semula cukai eksport MSM yang ditetapkan lima peratus pada Mei, selepas empat bulan penangguha­n duti.

Pakar Produk Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng, berkata cukai akan memberi kesan kepada permintaan kerana harga komoditi berkenaan akan menjadi lebih tinggi.

“Untuk minggu depan (minggu ini), pasaran akan membuat penelitian mendalam data jurunilai kargo Intertek Testing Services yang akan dikeluarka­n pada Isnin untuk arah pasaran selanjutny­a,” tambahnya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran kebanyakan­nya rendah berikutan peningkata­n pengeluara­n dan kelemahan eksport.

Asas Jumaat ke Jumaat, April 2018 susut RM87 kepada RM2,392 setan metrik, Mei 2018 susut RM117 kepada RM2,392 setan metrik, Jun 2018 susut RM106 kepada RM2,399 setan metrik dan Julai 2018 susut RM98 kepada RM2,401 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 209,078 lot berbanding 589,683 lot minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 270,126 kontrak berbanding 282,667 kontrak minggu sebelumnya.

Di pasaran fizikal, April Selatan susut RM80 kepada RM2,420 setan metrik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia