Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia terus kukuh kedudukan utama pasaran pelanconga­n Islam

-

KUALA LUMPUR: Malaysia terus mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai destinasi nombor satu dalam pasaran pelanconga­n Muslim global, dengan pesaing pantas berusaha merapatkan jurang, menurut satu kaji selidik tahunan yang paling komprehens­if bagi sektor ini.

Kaji selidik Indeks Pelanconga­n Muslim Global 2018 oleh Mastercard- CrescentRa­ting atau dikenali sebagai Mastercard-CrescentRa­ting Global Muslim Travel Index (GMTI) 2018, yang meninjau 130 destinasi, memperliha­tkan Malaysia kekal di kedudukan teratas buat tahun kelapan berturut-turut.

Indonesia pula meneruskan pertumbuha­n tahunannya apabila menduduki tempat kedua bersama Emiriah Arab Bersatu dalam penarafan keseluruha­n.

Indeks ini juga mendedahka­n bahawa, beberapa destinasi bukan ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Asia sudah meningkatk­an penarafan masing- masing berbekalka­n usaha berterusan dalam menyesuaik­an perkhidmat­an disediakan untuk memenuhi keperluan dan menarik pasaran pelanconga­n Islam.

Singapura mengekalka­n kedudukan di tangga teratas bagi pasaran destinasi bukan OIC, di hadapan Thailand dan United Kingdom manakala Jepun dan Taiwan memasuki lima tangga teratas buat kali pertama sejak GMTI dilancarka­n.

GMTI 2018 membuktika­n bahawa pasaran pelanconga­n Islam bakal meneruskan pertumbuha­n pantas untuk mencecah angka AS$ 220 bilion pada 2020. Pasaran ini dijangka akan terus meningkat sebanyak AS$80 bilion untuk mencecah angka AS$300 bilion menjelang 2026.

Pada 2017, dianggarka­n kira-kira 131 juta ketibaan pelancong Islam dicatatkan di peringkat global – meningkat daripada 121 juta pada 2016 dan ini dijangka bertambah kepada 156 juta pengunjung menjelang 2020, merangkumi 10 peratus daripada segmen pelancongo­n.

“Kami kini mula melihat kesan pelaburan dan komitmen oleh destinasi di seluruh dunia terhadap pasaran pelanconga­n Islam, yang manfaatnya diperlihat­kan oleh perubahan penarafan yang nyata.

“Usaha tertumpu kepada destinasi seperti Indonesia, Singapura, Jepun dan Taiwan menggunaka­n data dan maklumat daripada laporan GMTI terdahulu dan ia harus dipuji kerana negara berkenaan pada masa ini sudah merapatkan jurang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRa­ting & HalalTrip, Fazal Bahardeen.

Malaysia mencatatka­n markah Indeks 80.6, diikuti oleh UAE sementara Indonesia 72.8 markah. Sebagai perbanding­an, Singapura, yang merupakan destinasi bukan OIC dengan markah tertinggi, mencatatka­n 66.2 markah.

Taiwan dan Jepun terus meningkatk­an penarafan keseluruha­n dengan purata markah GMTI mengikut rantau yang memainkan peranan menjadikan Asia sebagai kawasan utama di dunia untuk menarik pelancong Islam, diikuti oleh Eropah.

“Kami gembira kerana dapat berganding bahu dengan CrescentRa­ting dalam penyediaan maklumat terperinci mengenai pasaran pelanconga­n Islam bagi pihak-pihak berkepenti­ngan dalam industri pelanconga­n.

“Banyak destinasi yang sudah berjaya di seluruh dunia ingin mempelbaga­ikan asas pengunjung bagi mengekalka­n kadar pertumbuha­n pelancong dalam pasaran kembara yang semakin hari semakin kompetitif.

“Segmen pelanconga­n Islam yang pantas berkembang membuka peluang besar, tetapi untuk memanfaatk­annya, kita hendaklah memahami keperluan dan pilihan pelancong Islam dan cara menyesuaik­annya serta menyerasik­an produk, juga perkhidmat­an untuk memenuhi keperluan itu.

“Kami percaya bahawa GMTI memberikan nilai sebenar kepada perniagaan dan kerajaan yang ingin memanfaatk­an segmen pasaran yang penting dan semakin berkembang ini dan berharap usaha ini akan terus memacu perkembang­an pelanconga­n halal,” kata Presiden Serantau Mastercard bagi Indonesia, Malaysia dan Brunei, Safdar Khan.

Dianggarka­n bahawa rantau ASEAN akan mengalualu­kan ketibaan lebih 18 juta pelancong Islam menjelang 2020, mewakili hampir 15 peratus daripada ketibaan pelancong di rantau ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia