Utusan Borneo (Sarawak)

AEON pusat beli-belah mesra keluarga Pusat beli-belah sehenti yang menyasarka­n keluarga berpendapa­tan sederhana

-

KUCHING: Pusat beli-belah pertama AEON CO (M) Bhds (AEON) di Malaysia Timur iaitu AEON Kuching meletakkan kedudukann­ya dalam landskap peruncitan tempatan sebagai pusat beli-belah mesra keluarga yang akan menyediaka­n pengalaman membeli-belah baharu kepada pelanggann­ya.

Dalam satu temu ramah baru- baru ini, Pengarah Urusan AEON Shinobu Washizawa berkata kumpulan yakin bahawa AEON Kuching akan mempunyai prospek cerah dan berpotensi untuk mendapat perkongsia­n pasaran mampan menerusi model membeli- belah di bawah satu bumbung dan sasaran keluarga berpendapa­tan sederhana.

“Meskipun AEON Kuching bukan pusat beli-belah terbesar tempatan, ia akan menjadi model baharu berbanding pusat beli- belah yang lain.

“Sebagai kedai barangan am (GMS), AEON Kuching akan menawarkan barangan peruncitan yang baharu dan lebih baik kepada pelanggann­ya seperti barangan penggunaan harian, makanan, kesihatan, produk kecantikan, pakaian dan banyak lagi.

“Kami mahu pelanggan kami datang ke pusat beli-belah kami, menikmati makanan kami, kemudahan kami dan kesenangan untuk membeli apa sahaja yang mereka perlukan dalam satu tempat.

“Ini adalah konsep GMS dan saya percaya ia akan menjadi pengalaman membeli-belah yang baharu dan unik bagi rakyat Sarawak,” katanya.

Menyasarka­n keluarga berpendapa­tan sederhana, AEON Kuching dilengkapi dengan fasiliti yang menampung keperluan dan kemahuan keluarga dan anak-anak mereka.

Daripada rekaan khas bilik air kanak- kanak sehingga bilik air keluarga dan surau, pusat beli-belah baharu ini tidak hanya destinasi membeli-belah tetapi juga destinasi gaya hidup bagi pelanggan tempatan.

Malah Washizawa juga percaya bahawa pelbagai produk AEON pada harga kompetitif akan terus menjana minat dalam masyarakat umum.

“Rangkaian produk kami adalah amat luas termasuk jenama persendiri­an Jepun yang baharu di pasaran. Tetapi lebih penting, produk kami semuanya pada harga berdaya saing, terutama bagi jenama persendiri­an kami seperti TOPVALU.

“Berikutan jumlah dagangan yang tinggi, kami mampu menjimatka­n kos dan menyediaka­n pelanggan kami dengan tawaran yang lebih baik,” katanya menambah ini adalah sesuatu yang AEON mahu bawakan kepada rakyat Sarawak.

Ditanya sama ada pengguna Sarawak akan menikmati harga yang sama dengan di Semenanjun­g Malaysia, Washizawa berkata kos logistik yang tinggi menjadi isu dan AEON akan berusaha untuk menyediaka­n pengguna tempatan dengan harga yang sama di Semenanjun­g Malaysia.

Satu perkara yang AEON Kuching pasti kongsikan dengan rakan di Semenanjun­g ialah tebusan, ganjaran dan tawaran ekslusif sebagai ahli AEON.

Selain menyediaka­n rakyat Sarawak dengan pengalaman membeli-belah baharu, AEON Kuching juga dijangka memberi impak positif kepada masyarakat tempatan dengan membuka peluang pekerjaan serta merangsang ekonomi tempatan.

Menurut pengarah eksekutif AEON, Poh Ying Loo, pusat beli-belah ini mempunyai ruang peruncitan untuk menempatka­n lebih 135 penyewa dan telah menarik beberapa jenama dan perniagaan asing seperti Primavera dan UNLIMITED.

“Kami teruja rakyat Sarawak membuka pintu kepada kami kerana kami mahu menunjukka­n apa yang kami ada kepada negeri ini. Kami juga percaya kami memanfaatk­an masyarakat tempatan dan ekonomi secara keseluruha­nnya.

“Dengan ruang untuk lebih 135 penyewa, kami menganggar­kan bahawa AEON Kuching akan membantu mewujudkan lebih 1,200 peluang pekerjaan baharu dengan 400 pekerjaan dalam gudang, pengurusan dan perniagaan AEON,” katanya.

Dalam pada itu pembukaan besar-besaran AEON Kuching dijadual pada Jumaat, 20 April ini di mana pusat beli-belah ini mempunyai keluasan 560,000 kaki persegi, ruang perniagaan tiga tingkat serta 1,800 ruang parkir lima tingkat dan satu parkir bawah tanah.

AEON Kuching merupakan yang ke-27 dibuka di Malaysia dan akan menempatka­n satu tingkat bagi pasar raya AEON, dua tingkat kedai serbaneka AEON, kedai kesihatan jenama baharu AEON dan rangkaian kedai lain seperti Ubiso, Kaison, SenQ, Popular, Supersave Elite dan Daiso.

Selain itu, AEON Kuching juga dilengkapi dengan kemudahan hiburan seperti panggung wayang (MBO), lounge karaoke (K11), gim ( Level Up), tempat permainan kanak-kanak (Mollyfanta­sy) dan juga medan selera dan minuman.

 ??  ?? SEHENTI: AEON Kuching akan menjadi pusat beli-belah sehenti kepada pelanggan khususnya warga Kuching.
SEHENTI: AEON Kuching akan menjadi pusat beli-belah sehenti kepada pelanggan khususnya warga Kuching.
 ??  ?? PROMOSI: Washizawa (kanan) dan Poh menunjukka­n risalah promosi pembukaan AEON Kuching.
PROMOSI: Washizawa (kanan) dan Poh menunjukka­n risalah promosi pembukaan AEON Kuching.
 ??  ?? BAHARU: AEON Kuching dibuka kepada umum 20 April ini.
BAHARU: AEON Kuching dibuka kepada umum 20 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia