Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia ketuai bantahan sekatan import minyak sawit sebagai bahan biofuel oleh EU

-

SUNGAI PETANI: Malaysia diberi penghormat­an mengetuai bantahan terhadap larangan import minyak sawit sebagai bahan biofuel yang dikenakan Kesatuan Eropah (EU) menjelang 2021, kata Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Katanya, pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Pakatan Koperasi Antarabang­sa ( ICA) berhubung permohonan mereka sebelum ini yang meminta supaya menjadi suara membantah sekatan import oleh EU itu.

“Kita diberi penghormat­an untuk menulis surat bantahan rasmi kepada EU yang akan dikemukaka­n kepada ICA hujung bulan ini dan dijangka diserahkan oleh ICA kepada EU dalam masa terdekat.

“Bantahan dibuat bukan hanya menguntung­kan Malaysia, malahan negara lain dalam ICA seperti di Asia, Amerika, Eropah dan Afrika yang menjadi ahli.

“Kita berharap, dengan bantahan ini, sekurangku­rangnya EU dapat melihat satu gerakan dalam kalangan gerakan koperasi sedunia yang besar untuk dipertimba­ngkan,” katanya kepada pemberita pada Persidanga­n ANGKASA Kedah 2018 di sini, kelmarin.

Pada April tahun lepas, Parlimen Eropah dalam satu resolusi tidak terikat mengatakan hanya minyak sawit yang lestari alam sekitar boleh diimport oleh EU selepas 2020

Abdul Fattah berkata, sekatan oleh EU akan memberi kesan buruk kepada Malaysia apabila kira- kira 700,000 pekebun kecil yang berada di bawah koperasi di Tanah Rancangan FELDA dan Felcra Berhad terjejas.

Katanya, setakat ini, Malaysia menyumbang kirakira 35 peratus produk berasaskan minyak sawit dunia selain Indonesia, Thailand dan Afrika yang juga pengeluar produk sawit terbesar setakat ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Abdul Fattah (kanan) melihat produk jualan anggota koperasi selepas merasmikan Majlis Persidanga­n ANGKASA Negeri Kedah di MRSM Merbok, semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Abdul Fattah (kanan) melihat produk jualan anggota koperasi selepas merasmikan Majlis Persidanga­n ANGKASA Negeri Kedah di MRSM Merbok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia