Utusan Borneo (Sarawak)

Scania yakin ke atas prospek pertumbuha­n di Malaysia, Asia

-

SHAH ALAM: Gergasi automotif Sweden, Scania, akan terus melabur di Malaysia dan rantau ini, dengan melihat kedua-duanya sebagai kawasan pertumbuha­n masa depan bagi kumpulan tersebut.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Henrik Henriksson berkata, kumpulan itu telah mencapai pertumbuha­n yang tepu di Eropah dan Amerika Latin, yang sebelum ini adalah pasaran terasnya.

“Walaupun kami juga memberi perhatian yang banyak ke atas Timur Tengah dan Afrika, saya boleh katakan bahawa kuasa ekonomi sebenar sekarang adalah Asia, dengan pusat gravitinya adalah Asia Tenggara.

“Walaupun, ketika ini kami mempunyai kehadiran industri yang kukuh di Thailand, kami melihat potensi pertumbuha­n yang besar untuk syarikat kami di Malaysia pada masa depan. Pelaburan sedang berlaku di sini dalam infrastruk­tur dan Malaysia sendiri berada di pusat segala-galanya,” katanya kepada media tempatan dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini.

Bagi pasaran Asia, kumpulan itu menjangka peningkata­n 40 peratus tempahan kenderaan untuk tahun ini berbanding jualan 2017. Purata jualan syarikat itu di Asia adalah dalam lingkungan 20 peratus daripada tempahan kenderaan globalnya.

Tempahan kenderaan global Scania melepasi 100,000 unit untuk kali pertama tahun lepas, kerana tempahan untuk trak meningkat 30 peratus berbanding sebelum ini.

Henriksson berkata, Asia, termasuk Malaysia, adalah kawasan yang paling menggalakk­an bagi Scania kerana model perniagaan kumpulan itu yang memberi tumpuan kepada ekonomi operasi dan tempoh operasi kenderaan telah mula diterima pelanggan.

Menurutnya, model perniagaan Scania adalah mengenai pemahaman dan peningkata­n pendapatan serta aspek kos aplikasi atau industri pelanggann­ya, serta memacu keuntungan pelanggan melalui penyelesai­an pengangkut­an yang mampan.

Beliau berkata, pendekatan itu menyaksika­n jualan bersih global Scania meningkat kepada rekod tertinggi untuk tahun kewangan 2017, di mana ia meningkatk­an usaha untuk memacu peralihan ke arah sistem pengangkut­an yang mampan, dengan peningkata­n sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Scania Malaysia Sdn Bhd, Marie berkata, kumpulan itu akan meningkatk­an kehadiran tempatan dengan membuka tiga lagi kemudahan perkhidmat­an untuk kenderaan berat di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang,bagi mengukuhka­n lagi jualan dan perkhidmat­an untuk trak, bas dan pelanggan enjin penjanaan kuasa.

“Kami tidak mempunyai jumlah pelaburan sekarang, tetapi kami yakin akan melabur dalam kemudahan perkhidmat­an baharu di Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.” — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia