Utusan Borneo (Sarawak)

2,000 belia meriahkan Jelajah Milenia Sarawak di Kuching

- Oleh Marlinda Mardzuki

PROGRAM Jelajah Milenia di Sarawak berlangsun­g meriah dengan dihadiri seramai 2,000 belia yang membanjiri Plaza Merdeka di K u c h i n g , baru- baru ini.

Program a n j u r a n Persatuan A l u m n i Pemimpin Mahasiswa A s p i r a s i Malaysia itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) T u p o n g , Fazzrudin Abdul Rahman bagi m e w a k i l i Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Jelajah tersebut merupakan program inisiatif khas yang digerakkan di peringkat nasional untuk generasi pewaris negara yang berumur 10 hingga 30 tahun.

Program jelajah ini merangkumi siri penjelajah­an ke seluruh negeri yang menyasarka­n golongan pelajar, mahasiswa, pemimpin negara serta ibu bapa.

Sarawak menjadi destinasi ketujuh penganjura­n siri Jelajah Milenia selepas Perlis, Johor, Pahang, Melaka dan Putrajaya.

Tujuan program ini ialah untuk mendekati anak muda generasi milenia pelbagai bangsa supaya mereka dapat memahami dasar negara ke arah membangunk­an sebuah negara yang progresif.

Ia juga diadakan bagi mendengar pandangan, cadangan serta maklum balas penambahba­ikan ke atas semua inisiatif kerajaan bagi mempersiap­kan anak muda menuju Malaysia Alaf Baharu 2050.

Pelbagai aktiviti diadakan pada jelajah itu termasuk ‘Big Walk Milenia’, Dialog Milenia, Forum Milenia serta pameran tentang pembanguna­n terkini di negara ini.

Hadir sama, Setiausaha Jelajah Milenia Muhammad Syukri Ibrahim.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGISIAN JELAJAH: Sebahagian daripada aktiviti yang diadakan pada Program Jelajah Milenia Negeri Sarawak.
PENGISIAN JELAJAH: Sebahagian daripada aktiviti yang diadakan pada Program Jelajah Milenia Negeri Sarawak.
 ??  ?? ASPIRASI: Fazzrudin berucap semasa perasmian Program Jelajah Milenia Negeri Sarawak di Kuching, baru-baru ini.
ASPIRASI: Fazzrudin berucap semasa perasmian Program Jelajah Milenia Negeri Sarawak di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia