Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan program JBD cecah RM30 juta dalam tiga bulan

-

CYBERJAYA: Program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menerima sambutan menggalakk­an dengan nilai jualan mencecah RM30.5 juta dalam masa tiga bulan dan jumlah penjimatan sebanyak RM4 juta.

Ketua Pengarahny­a Datuk Ahmad Ishak berkata jumlah jualan itu dicatatkan dari 1 Jan hingga Mac 2018.

“Barangan paling popular dalam kalangan pengunjung program JBD adalah ayam segar, telur ayam dan ikan segar terutamany­a kembung serta cencaru, selain bawang, sayuran, tepung, minyak masak, beras dan gula. Secara purata setiap pengguna menikmati kadar penjimatan hingga RM20 apabila membeli-belah di program JBD,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 2018 kepada warga kerja FAMA di sini, semalam.

Beliau berkata Wilayah Persekutua­n (Kuala Lumpur dan Putrajaya) mencatatka­n nilai jualan JBD tertinggi iaitu RM7.04 juta, diikuti Selangor (RM6.05 juta), Johor (RM3.51 juta), Kedah (RM2.51 juta) dan Kelantan RM 2.27 juta.

JBD adalah program FAMA yang dilaksana sejak 2014 bertujuan membantu rakyat menangani kos sara hidup, melibatkan 27 komoditi yang dijual lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Program ini dilaksanak­an di 2,000 lokasi tumpuan awam di seluruh negara iaitu di 820 pasar tani, enam My Farm Outlet, 110 Agrobazaar Kedai Rakyat 1Malaysia, 426 Agrobazaar Kedai Rakyat dan Program Jualan Sentuhan Rakyat di bandar dan luar bandar.

Mengulas mengenai sambutan menggalakk­an JBD, Ahmad berkata ia menunjukka­n usaha yang diilhamkan kerajaan dan dizahirkan FAMA berkesan dalam membantu rakyat berhadapan dengan cabaran kenaikan kos sara hidup.

“Menerusi Bajet 2018, kerajaan memperuntu­kkan RM50 juta bagi pelaksanaa­n program melalui FAMA dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia melalui Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya lagi.

Katanya selain pengguna, golongan yang turut mendapat manfaat daripada program JBD ialah usahawan tani tempatan dan ia akan diperluask­an di 435 lokasi Program Jualan Sentuhan Rakyat di seluruh negara.

Pada majlis semalam, sebanyak 215 kakitangan dan pegawai FAMA menerima APC sementara 101 warga kerja yang bersara dari Januari hingga Disember 2018 diraikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia