Utusan Borneo (Sarawak)

Gol jaringan Carroll ‘tutup aib’ Hart

-

LONDON, England: Gol penyamaan minit akhir Andy Carroll menyelamat­kan maruah Joe Hart selepas penjaga gol West Ham United itu melakukan kesilapan pada perlawanan yang berkesudah­an dengan seri 1-1 menentang Stoke City Isnin lepas.

Pemain gantian Stoke, Peter Crouch, membuka jaringan selepas Hart gagal menangkap kemas rembatan lemah Xherdan Shaqiri ketika berbaki 11 minit perlawanan di Stadium London.

Ia adalah gol pertama Crouch sejak bulan November untuk meletakkan Stoke di landasan kemenangan pertama dari 10 perlawanan tetapi Carroll, yang juga dimasukkan sebagai pemain gantian, menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke90.

Keputusan seri itu mengecewak­an buat Stoke, yang kekal di tangga kedua dari bawah Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Paul Lambert itu kini lima mata dari zon selamat dengan baki empat perlawanan dalam usaha untuk mengelak penyingkir­an.

“Ia kekecewaan besar kerana kami begitu hampir untuk mencapai kemenangan. Saya fikir kami beraksi dengan baik dan tidak dapat meminta lebih banyak lagi dari pemain,” kata Lambert.

“Kami bermain dengan baik akhir-akhir ini tetapi nasib tidak menyebelah­i kami. Kemenangan Ahad ini meningkatk­an peluang kami untuk mengelak penyingkir­an.”

Gol ketiga Carroll musim ini – tetapi pada penampilan pertama beliau sejak bulan Januari – adalah sumbangan besar buat West Ham, yang kini tujuh mata di atas zon penyingkir­an.

“Saya tidak berasa cergas,” kata Carroll, yang baharu pulih dari kecederaan.

“Bola datang dan saya berada pada kedudukan yang baik untuk merembat,” tambah beliau.

Walaupun Hart kecewa kesilapann­ya tidak menyebabka­n West Ham hilang mata penuh, kesilapan beliau itu menjejaska­n peluangnya untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama England di Piala Dunia 2018 Rusia.

Ia juga berlaku pada masa yang tidak menarik kerana perlawanan itu turut disaksikan oleh jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate.

Penjaga gol Stoke, Jack Butland, sebaliknya mempamerka­n aksi memberangs­angkan dengan menepis beberapa cubaan West Ham terutama sekali dari rembatan Marko Arnautovic. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUGAS MUDAH: Crouch menolak masuk gol pembukaan perlawanan selepas Hart (kanan) gagal menangkap kemas bola rembatan lemah Shaqiri pada perlawanan di Stadium London, timur London pada Isnin lepas.
— Gambar AFP TUGAS MUDAH: Crouch menolak masuk gol pembukaan perlawanan selepas Hart (kanan) gagal menangkap kemas bola rembatan lemah Shaqiri pada perlawanan di Stadium London, timur London pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia