Utusan Borneo (Sarawak)

MAIA meterai MoU dengan AiAP tumpu kepada pembanguna­n industri aeroangkas­a

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Aeroangkas­a Malaysia ( MAIA) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Aerospace Industries Associatio­n of The Philippine­s ( AiAP), untuk memberi tumpuan kepada pembanguna­n industri aeroangkas­a.

Dalam kenyataan, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) berkata, di bawah MoU yang dimeterai di Defence Services Asia 2018 di sini hari ini, kedua- dua persatuan itu akan bekerjasam­a untuk membangunk­an keupayaan aeroangkas­a dan peluang perniagaan antara Malaysia dan Filipina.

“MoU tersebut akan menumpukan kepada pembanguna­n modal insan, penyelidik­an dan teknologi selain pertukaran maklumat mengenai persekitar­an perniagaan dan isu- isu perdaganga­n antarabang­sa.

“Pemeteraia­n MoU itu merupakan sebahagian daripada usaha MAIA untuk meraih kedudukan dalam pertumbuha­n rantaian bekalan pengeluar peralatan asli (OEM) di peringkat serantau,” katanya.

MATRADE berkata pelbagai strategi pengantara­bangsaan OEM telah mem- bawa rantaian bekalan ke kawasan dengan pertumbuha­n tinggi seperti Asia Pasifik.

“MAIA menyasarka­n untuk menempatka­n Malaysia sebagai pembuatan yang berkeupaya­an dan berdaya saing, pangkalan penyelengg­araan, pembaikan dan operasi serta perkhidmat­an yang dapat ditingkatk­an dan disepaduka­n dengan sektor aeroangkas­a Filipina dan serantau,” katanya.

MATRADE, yang merupakan agensi penggalaka­n perdaganga­n nasional Malaysia, penting dalam memudahkan kerjasama antara MAIA dan AiAP. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia