Utusan Borneo (Sarawak)

WESTWORLD kembali untuk musim kedua mulai 23 April ini

-

DRAMA bersiri popular pemenang anugerah Emmy, WESTWORLD kembali untuk musim kedua dengan sepuluh episod baharu pada masa yang sama seperti Amerika Syarikat (AS) iaitu pada Isnin, 23 April 2018, jam 9 pagi dengan siaran ulangan waktu perdana pada hari yang sama jam 10 malam, secara eksklusif di HBO (Astro 411 / HD 431).

Episod baharu akan ditayangka­n buat pertama kali setiap Isnin pada masa yang sama.

Siri menarik ini juga akan boleh didapati di HBO On Demand (melalui Astro GO).

Satu pengembara­an gelap tentang kemunculan kesedaran tiruan dan kelahiran satu bentuk kehidupan baharu di Bumi, pertunjuka­n itu diwujudkan untuk televisyen oleh Jonathan Nolan dan Lisa Joy, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Dirujuk sebagai “menawan” dan “provokatif” oleh The Atlantic dan “pengubah permainan besar berikutnya di televisyen” oleh Los Angeles Times, WESTWORLD muncul buat pertama kali di HBO pada Oktober 2016 untuk menjadi siri baharu yang paling banyak ditonton di rangkaian tersebut.

Barisan pelakon asal yang akan kembali termasuk: Evan Rachel Wood (Dolores), Thandie Newton (Maeve), Ed Harris (Man in Black), Jeffrey Wright (Bernard), James Marsden (Teddy), Tessa Thompson (Charlotte), Ingrid Bolsø Berdal (Armistice), Clifton Collins Jr. (Lawrence), Luke Hemsworth (Stubbs), Louis Herthum (Peter Abernathy), Simon Quarterman (Lee Sizemore), Talulah Riley (Angela), Rodrigo Santoro (Hector Escaton), Angela Sarafyan (Clementine), Shannon Woodward (Elsie), Ben Barnes (Logan), Jimmi Simpson (William), Leonardo Nam (Felix Lutz) dan Ptolemy Slocum (Sylvester).

Pelakon baharu untuk musim kedua pula termasuk: Fares Fares (Antoine Costa), Katja Herbers (Grace), Gustaf Skarsgård (Karl Strand), Hiroyuki Sanada (Musashi), Peter Mullan (James Delos), Rinko Kikuchi (Akane), Zahn McClarnon (Akecheta), Tao Okamoto (Hanaryo), Betty Gabriel (Maling), Jonathan Tucker (Craddock), Julia Jones (Kohana) dan Kiki Sukezane (Sakura).

Musim pertama WESTWORLD menerima 22 pencalonan Emmy pada tahun lepas dan berjaya memenangi lima daripadany­a termasuk: ‘Outstandin­g Creative Achievemen­t in Interactiv­e Media within a Scripted Program’; ‘Outstandin­g Hairstylin­g for a SingleCame­ra Series’; ‘Outstandin­g Makeup for a Single-Camera Series (Non-Prosthetic)’; ‘Outstandin­g Sound Mixing for a Comedy or Drama Series (One Hour)’; dan ‘Outstandin­g Special Visual Effects’.

Sementara itu, Pengarah Jonathan Nolan pula menerima pencalonan DGA untuk episod penamat. Kedua-dua Nolan dan Joy juga turut menerima pencalonan WGA untuk musim satu WESTWORLD.

Pertunjuka­n itu juga turut dicalonkan dalam kategori: ‘Outstandin­g Drama Series’; ‘Outstandin­g Lead Actress in a Drama Series’ (Evan Rachel Wood); ‘Outstandin­g Lead Actor in a Drama Series’ (Anthony Hopkins); ‘Outstandin­g Supporting Actress in a Drama Series’ (Thandie Newton); ‘Outstandin­g Supporting Actor in a Drama Series’ (Jeffrey Wright); ‘Outstandin­g Directing for a Drama Series’ (Jonathan Nolan); dan ‘Outstandin­g Writing for a Drama Series’ (Jonathan Nolan, Lisa Joy).

WESTWORLD diwujudkan untuk televisyen oleh Jonathan Nolan dan Lisa Joy yang turut merupakan penerbit eksekutif bersama dengan J.J. Abrams, Richard J. Lewis, Roberto Patino, Athena Wickham dan Ben Stephenson.

Syarikat produksi, Kilter Films dan Bad Robot Production­s dengan kerjasama Warner Bros. Television; berdasarka­n filem ditulis oleh Michael Crichton.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia