Utusan Borneo (Sarawak)

‘Iron Man’ saman penembak sekolah Florida

Tuntutan undang-undang sivil pertama dalam insiden yang ragut 17 nyawa pada 14 Februari lalu

-

MIAMI: Seorang pemuda yang terselamat dalam pembunuhan beramai-ramai di sebuah sekolah di Florida pada 14 Februari lalu selepas dia ditembak beberapa kali ketika melindungi pelajar lain memfailkan tuntutan undang-undang sivil yang pertama kelmarin terhadap si penembak.

Anthony Borges, 15, menyaman lelaki bersenjata Nikolas Cruz, 19, di atas serangan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland. Seramai 17 orang maut dalam serangan Cruz manakala 17 lagi cedera.

Borges, yang dipuji dalam media sebagai seorang “wira” dan digelar “Iron Man” oleh pelajar lain, ditembak pada kedua-dua kaki dan bahagian belakang oleh Cruz.

Walaupun mengalami kecederaan, dia masih dapat menutup pintu untuk menghalang penembak itu daripada memasuki bilik di mana kira- kira 20 pelajar bersembuny­i. Dia ditembak dua kali lagi ketika dia berbuat demikian.

Borges dibenarkan keluar dari hospital pada 4 April dan masih belum pulih sepenuhnya selepas menjalani sembi- lan pembedahan dan tinggal di hospital selama tujuh minggu. Dia masih belum cukup sihat untuk bercakap.

Tuntutan undang-undang itu menamakan James dan Kimberly Snead – pasangan yang menyediaka­n tempat tinggal untuk Cruz selepas ibu angkat si penembak Lynda meninggal dunia pada November 2017 – selain estet Lynda Cruz dan tiga institusi kesihatan mental di Florida yang merawat Cruz beberapa kali.

Tuntutan undang- undang itu, yang difailkan di Mahkamah Sirkit Broward County, mendakwa Cruz dengan tuduhan melakukan serangan, dan menuntut ganti rugi, perbelanja­an perubatan dan pampasan bagi kehilangan gaji pada masa silam dan pada masa depan.

Institusi kesihatan disaman kerana kecuaian, kerana mereka “tahu atau sepatutnya tahu” Cruz “mengalami penyakit mental dan merupakan ancaman kepada orang lain”, tuntutan undang-undang itu menyebut.

Peguam keluarga Borges, Alex Arreaza, terdahulu berkata keluarga itu akan menyaman lembaga sekolah Broward County dan pejabat syerif daerah kerana gagal melindungi pelajar daripada Cruz, seorang bekas pelajar yang menunjukka­n keadaan mental tidak stabil selain kecenderun­gan ganas.

Di Florida, institusi kerajaan berhak menerima notis enam bulan sebelum tuntutan undang-undang difailkan.

Borges dibawa masuk dengan kerusi roda di satu sidang akhbar dua hari selepas dia dibenarkan pulang dari hospital. Dalam keadaan masih lemah, dia tidak bercakap sementara peguamnya Arreaza membaca satu kenyataan.

“Saya tidak tahu kenapa saya terselamat,” kenyataan itu menyebut, “tetapi saya akan memberitah­u anda bahawa keluarga saya dan saya akan mengabadik­an kehidupan kami selepas ini untuk memastikan sesuatu seperti ini tidak akan berlaku lagi”.

Keluarga Borges meninggalk­an Venezuela lebih 15 tahun lalu kerana keadaan politik yang tidak stabil di sana selain kebimbanga­n mengenai jenayah yang berleluasa.

Anthony Borges dilahirkan di Amerika Syarikat. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PANTAS BERTINDAK: Gambar fail menunjukka­n pegawai penyiasat tiba di tapak kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida pada 16 Februari lalu.
— Gambar Reuters PANTAS BERTINDAK: Gambar fail menunjukka­n pegawai penyiasat tiba di tapak kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida pada 16 Februari lalu.
 ?? — Gambar AFP ?? FAIL SAMAN: Borges bersama datuknya Alfredo Borges ketika sidang media di Plantation, Florida kelmarin.
— Gambar AFP FAIL SAMAN: Borges bersama datuknya Alfredo Borges ketika sidang media di Plantation, Florida kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia