Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK B LANCAR MISI BALAS DENDAM

Abang Fomay yakin anak-anak buahnya mampu menjadikan skuad ‘sang penyu’ mangsa seterusnya

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Skuad B Sarawak berazam membalas dendam kekalahan (2-0) di tangan Terengganu FC III pada perlawanan pembuka tirai saingan Piala Presiden 2018 pada 22 Februari lalu apabila kedua-dua seteru itu sekali lagi turun membuat perhitunga­n hari ini (jam 4.15 petang) di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Penolong Pengurus skuad Piala Presiden Sarawak, Abang Fomay Abang Sa’adeli berkata anak-anak buahnya kini berada pada prestasi terbaik setelah dua kemenangan berturuttu­rut dicatatkan sebelum ini dan bersedia menjadikan skuad ‘sang penyu muda’ itu mangsa seterusnya.

“Ini peluang terbaik kita menebus kekalahan pada pertemuan pembuka tirai sebelum ini. Dengan prestasi pemainpema­in berada di kemuncak ketika ini, saya optimis kemenangan pasti berpihak kepada kita.

“Namun, apa yang saya harapkan, semua pemain harus mengekalka­n momentum serupa seperti apa yang ditunjuk dalam dua perlawanan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Mengulas lanjut pertemuan petang ini, Abang Fomay tetap mengakui tugas getir bakal dihadapi pemain-pemainnya kerana Terengganu FC III kini menduduki tangga kedua saingan Kumpulan B sudah pastinya tidak memberi laluan mudah kepada pasukan tuan rumah, Sarawak.

Justeru, beliau menuntut fokus sepenuhnya daripada pemain-pemain dan tidak alpa sehingga menjejaska­n misi skuad Sarawak untuk memburu kemenangan ‘hatrik’.

“Kita tetap menghormat­i kemampuan pasukan lawan. Saya berharap semua pemain tidak bersikap sambil lewa dan memberi fokus sepenuhnya sepanjang 90 minit perlawanan,” jelasnya.

Apa yang pasti, beliau percaya pemangku jurulatih, Sulaiman Mustanir memiliki ramuan tersendiri untuk memerangka­p skuad muda sang penyu.

Persiapan Sarawak semakin mantap dengan barisan pemain

Ini peluang terbaik kita menebus kekalahan pada pertemuan pembuka tirai sebelum ini. Dengan prestasi pemain- pemain berada di kemuncak ketika ini, saya optimis kemenangan pasti berpihak kepada kita. Abang Fomay Abang Sa’adeli Penolong Pengurus

tonggak bebas daripada kecederaan dan penggantun­gan untuk memberi tonik tambahan kepada peluang mereka meraih kejayaan.

Sarawak B kini menghuni tangga kelapan dengan mengumpul 13 mata hasil daripada empat kemenangan, sekali seri dan lima kekalahan daripada 10 perlawanan diharungi setakat ini.

 ??  ??
 ??  ?? SEDIA GEMPUR: Skuad Piala Presiden Sarawak bersemanga­t juang tinggi berdepan Terengganu FC III di Stadium Negeri Kuching petang ini.
SEDIA GEMPUR: Skuad Piala Presiden Sarawak bersemanga­t juang tinggi berdepan Terengganu FC III di Stadium Negeri Kuching petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia