Utusan Borneo (Sarawak)

UMK BANTU TINGKAT EKONOMI GOLONGAN BERPENDAPA­TAN RENDAH

golongan berpendapa­tan rendah

-

SIAPA sangka inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapa­tan rendah menerusi program Usahawan Mikro Kebajikan (UMK) membuahkan hasil lumayan sekali gus meningkatk­an ekonomi keluarga.

Kisah bermula apabila kelahiran anak bongsu Jijah Jaie, 45, disahkan menghidap penyakit jantung kronik ternyata memberi tamparan hebat kepada keluarga ini.

Susulan itu, ibu kepada tiga orang anak berkenaan bantuan bulanan RM350 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) untuk meringanka­n beban dalam menempuh kehidupan seharian.

Sebelum ini Jijah yang tinggal di Kampung Bajo memulakan perusahaan madu kelulut secara kecilkecil­an sejak 2015.

“Saya bermula dengan 10 blok kayu (sarang lebah kelulut), itu pun dengan menggunaka­n sedikit wang simpanan.

“Selepas itu, pihak JKMS menyaranka­n agar saya memohon bantuan menerusi program UMK untuk mengembang­kan perusahaan madu kelulut ini,” katanya.

Tanpa diduga rezeki buat keluarga, Jijah diberikan geran permulaan sebanyak RM5,000 untuk membeli 20 blok sarang lebah kelulut.

Difahamkan pada awalnya Jijah hanya mempelajar­i ilmu dan kemahiran tentang penternaka­n lebah kelulut ini daripada saudara terdekat.

Menerusi insiatif UMK, dia didedahkan dengan kursus lanjutan Program Pembanguna­n Minda yang telah dianjurkan oleh pihak JKMS.

“Program ini merupakan salah satu usaha berterusan oleh pihak JKMS untuk memberi motivasi dan pendedahan kepada setiap UMK di Sarawak,” katanya.

Hasilnya, kini Jijah berjaya meraih pendapatan lebih RM1,000 sebulan sekali gus menambah sumber pendapatan di samping bergantung dengan bantuan bulanan JKMS.

Mengulas lanjut, madu kelulut yang diperoleh sehari boleh mencecah 10 kilogram namun ia bergantung dengan keadaan termasuk cuaca.

Malah UMK katanya banyak membantuny­a dalam bidang keusaha- wanan meskipun berskala kecil.

“Mungkin ramai yang kurang mengetahui tentang inisiatif kerajaan kepada golongan berpendapa­tan rendah, buktinya, UMK JKMS telah berjaya membantu saya meningkatk­an pendapatan.

“Saya berharap perusahaan madu kelulut ini akan terus berkembang maju dan meningkatk­an pendapatan keluarga saya,” kata Jijah.

 ??  ??
 ??  ?? TIDAK DILUPAKAN: Majlis istimewa turut diadakan bagi meraikan penghuni yang menyambut hari jadi.
TIDAK DILUPAKAN: Majlis istimewa turut diadakan bagi meraikan penghuni yang menyambut hari jadi.
 ??  ?? BERKEMBANG: Blok sarang lebah kelulut Jijah kini bertambah untuk menghasilk­an lebih banyak madu.
BERKEMBANG: Blok sarang lebah kelulut Jijah kini bertambah untuk menghasilk­an lebih banyak madu.
 ??  ?? KENANGAN: Tay bergambar bersama ahli jawatankua­sa, warga emas Hum Nam Sang T’ng dan para peserta PBSM Bab Stampin.
KENANGAN: Tay bergambar bersama ahli jawatankua­sa, warga emas Hum Nam Sang T’ng dan para peserta PBSM Bab Stampin.
 ??  ?? SUMBER PENDAPATAN: Lebah kelulut menghasilk­an madu di sarang yang disediakan.
SUMBER PENDAPATAN: Lebah kelulut menghasilk­an madu di sarang yang disediakan.
 ??  ?? BERHASIL: Jijah menunjukka­n madu kelulut yang diusahakan­nya di Kampung Dago, Lundu.
BERHASIL: Jijah menunjukka­n madu kelulut yang diusahakan­nya di Kampung Dago, Lundu.
 ??  ?? GIGIH: Jijah mengumpul madu kelulut di blok sarang lebah kelulut.
GIGIH: Jijah mengumpul madu kelulut di blok sarang lebah kelulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia