Utusan Borneo (Sarawak)

KRU HILANG DITEMUI MATI

Mayat Mohamad Saiful ditemui di bilik bersebelah­an bilik enjin dalam kebakaran kapal MV Geos.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Anak kapal yang hilang dalam kebakaran melibatkan kapal MV Geos ditemui mati dalam sebuah bilik bersebelah­an bilik enjin kapal tersebut, petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 13 (DM13) Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman berkata, mangsa dikenali sebagai Mohamad Saiful Ashnar, 31, ditemui sepasukan anggota bomba kirakira jam 1.45 petang.

“Mangsa dipercayai terperangk­ap dalam bilik bersebelah­an bilik enjin dan pasukan bomba terpaksa masuk ke bahagian dalam kapal untuk misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Keadaan mayat mangsa didapati tidak rentung dan masih sempurna walaupun ada bahagian kulit yang melecur,” katanya ketika ditemu bual pemberita selepas mayat mangsa tiba di Jeti Coco Cabana, di sini kira-kira jam 4.20 petang semalam.

Md Fauzi berkata, tiga ahli keluarga mangsa yang turut berada di jeti membuat pengecaman mayat dan mengesahka­n ia adalah ahli keluarga mereka.

Sementara itu, operasi SAR yang dikerahkan semalam melibatkan kepakaran empat pegawai bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri yang mahir dalam ancaman gas. “Oleh kerana wujud bahaya kebocoran gas di kawasan kejadian, khidmat bomba diperlukan untuk menggeleda­h segenap pelosok Kapal MV Geos tersebut yang berada lebih kurang lima batu nautika dari Tanjung Baram, Kuala Baram.

“Usaha SAR hari ini (semalam) lebih tertumpu pencarian di dalam kapal kerana anak kapal yang terselamat memberitah­u Mohamad Saiful tiada semasa kiraan kepala dibuat oleh kapten kapal,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata, aset-aset yang terlibat dalam misi SAR semalam adalah KM Siakap dan Bot Penggalang 23 dari Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) serta Kapal Neo Petro 18, MP Perdana Frontier dan Kapal MP Nautical Aleesya daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Misi SAR di perairan berhampira­n turut dibuat oleh aset-aset APMM, Petronas serta agensi lain seperti KD Paus dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang turut membantu dalam misi tersebut bermula petang kelmarin.

Dalam pada itu, mangsa yang maut meninggalk­an seorang balu, Khairul Dalila Ahmad Ridzuan, serta dua anak iaitu Mohamad Syafi Khalish berusia tiga tahun dan Nur Safiya Kaysa, dua bulan.

 ??  ?? MOHAMAD SAIFUL MENYAYAT HATI: Mayat mangsa hilang dipercayai terperangk­ap dalam bilik bersebelah­an bilik enjin, dibawa keluar dari kapal MV Geos.
MOHAMAD SAIFUL MENYAYAT HATI: Mayat mangsa hilang dipercayai terperangk­ap dalam bilik bersebelah­an bilik enjin, dibawa keluar dari kapal MV Geos.
 ??  ?? DITEMUI: Mayat Mohamad Saiful dibawa dari bot APMM ke jeti sebelum dipindahka­n ke kenderaan polis.
DITEMUI: Mayat Mohamad Saiful dibawa dari bot APMM ke jeti sebelum dipindahka­n ke kenderaan polis.
 ??  ?? MD FAUZI
MD FAUZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia