Pembantu tadbir sekolah disyaki pecah amanah ditahan
Suspek dipercayai membuat pembayaran kira-kira RM218,000 ke beberapa akaun tidak berkaitan antara 2015 dan 2017
KUCHING: Seorang pembantu tadbir sebuah sekolah rendah di Simunjan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Negeri Sarawak kerana disyaki melakukan kesalahan pecah amanah melibatkan wang berjumlah kira- kira RM218,000.
Suspek berusia 29 tahun itu dipercayai telah melakukan kesalahan itu melibatkan akaun Kumpulan Wang Asrama ( KWA) sekolah tersebut dengan membuat pembayaran ke beberapa akaun yang tidak berkaitan dengan sekolah antara 2015 dan 2017.
Menurut sumber, suspek telah membuat pembayaran lebih RM130,000 kepada sebuah syarikat katering milik keluarganya.
Siasatan juga mendapati tidak ada perkhidmatan atau pembekalan yang telah dilakukan oleh syarikat-syarikat tersebut kepada pihak sekolah dalam tempoh itu.
Tambahnya, suspek juga telah membuat pembayaran ke atas dua syarikat dengan bayaran hampir RM86,000 atas pelbagai urusan yang tidak melibatkan sebarang aktiviti sekolah terbabit.
“Siasatan juga mendapati tidak ada perkhidmatan atau pembekalan yang telah dilakukan oleh syarikat- syarikat tersebut kepada pihak sekolah dalam tempoh itu,” ujar sumber itu lagi.
Difahamkan, suspek yang mempunyai kawa- lan ke akaun sekolah itu telah menggunakan wang tersebut untuk kegunaan peribadi.
Pengarah SPRM Negeri Sarawak Razim Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu pihaknya kini dalam proses mendapatkan dokumen- dokumen berhubung pembayaran yang dibuat itu.
Kata Razim, suspek ditangkap SPRM Sarawak pada jam 9.50 pagi semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun katanya, suspek dibebaskan selepas dirakam percakapan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit dengan dua penjamin kirakira 1.30 petang semalam.
Sumber