Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis mengaku terbabit loteri tanpa lesen

-

MIRI: Seorang gadis mengaku bersalah di Mahkamah Majistret semalam terhadap tuduhan memiliki dan membantu menjalanka­n kegiatan loteri tanpa lesen.

Bagaimanap­un, memandangk­an tertuduh merupakan pesalah muda, mahkamah kemudian menetapkan 23 Mei depan untuk mendengar laporan sosialnya yang akan dibentangk­an oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Jessica Martin, 19, dari Bandar Baru Permyjaya di sini, didakwa mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 dan penjara semalam tempoh tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, sekitar jam 2.30 petang, 10 Februari lalu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen ( IPK) Kuching diketuai Inspektor Khairul Nidzam Abdul Ghani membuat pemeriksaa­n ke atas sebuah kaunter di hadapan sebuah kedai cermin di Pusat Komersial Emart di sini kerana disyaki menjalanka­n kegiatan penjualan loteri tanpa lesen.

Semasa pemeriksaa­n dibuat, polis menahan seorang wanita yang sedang duduk di kaunter berkenaan dan merampas beberapa barang seperti satu unit telefon bimbit, satu unit pencetak data, sebuah beg, satu keping kertas bercetak angka dipercayai loteri tanpa lesen dan wang tunai RM1,254 untuk dijadikan barang kes.

Hasil analisis pakar judi mendapati kertas putih yang dimiliki tertuduh merupakan slip pertaruhan loteri tanpa lesen.

Tertuduh kemudian ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 9 (1) ARJT 1953 kerana kesalahan memiliki sekeping kertas putih tercatit nombor ekor tanpa lesen yang berangka 10,000 sebagai loteri awam tanpa lesen.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,

Jessica didakwa melakukan kesalahan itu pada masa dan di tempat yang sama.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia