Utusan Borneo (Sarawak)

Kuasai teknologi, pengetahua­n untuk bangun ummah, negeri

Abang Johari menyeru umat Islam di negeri ini menekankan kepentinga­n teknologi dan pengetahua­n

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyeru umat Islam di negeri ini menekankan kepentinga­n teknologi dan pengetahua­n dalam memajukan ummah dan negeri ini.

“Ketika ini dunia bergantung kepada teknologi dan kita harus menguasai untuk memajukan diri serta menggunaka­nnya ke arah kebaikan,” ujarnya.

Teknologi katanya, diketahui mempunyai impak positif dan negatif, namun adab serta tatasusila harus diguna pakai ketika menggunaka­nnya.

Sementara itu, Abang Johari berkata gaya kepimpinan pemimpin utama Sarawak secara tidak sedar sebenarnya ada persamaan dengan kepimpinan ketika zaman Nabi Muhammad dan empat khalifah utama selepasnya.

Katanya persamaan itu dapat dilihat dan digambarka­n melalui situasi keamanan serta kepelbagai­an agama di

Ketika ini dunia bergantung kepada teknologi dan kita harus menguasai untuk memajukan diri serta menggunaka­nnya ke arah kebaikan. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Sarawak dari dahulu hingga kini.

“Ada persamaan dari segi keamanan yang dikecapi dan kepelbagai­an agama dalam kalangan pendudukny­a,” katanya ketika merasmikan Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 di Dewan Suarah Mukah petang semalam.

Keadilan serta kesaksamaa­n katanya, ketika pemerintah­an Nabi Muhammad dan empat khalifah utama selepas itu merupakan tunjang kehebatan Islam pada ketika itu.

“Pemerintah­an kerajaan Islam ketika itu bukan sahaja merangkumi orang Islam, namun pemerintah­an juga adil kepada semua termasuk kepada mereka yang bukan beragama Islam ketika itu,” jelasnya.

Satu lagi persamaan katanya, adalah peralihan kuasa yang turut aman dan tidak memecahbel­ahkan rakyat.

Pada majlis sama, Abang Johari turut menyampaik­an beberapa bantuan kepada penduduk sekitar Mukah.

Turut berucap Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha manakala hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pmbangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi dan Mufti Negeri Datu Kipli Yassin.

 ??  ?? TERIMALAH: Abang Johari (empat kiri) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang wakil penerima sambil disaksikan tetamu lain.
TERIMALAH: Abang Johari (empat kiri) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang wakil penerima sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia