Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Katis satu kehilangan besar: Masing

-

SIBU: “Mendiang seorang pegawai kerajaan yang baik, satu kehilangan besar kepada kerajaan negeri,” kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing mengenang mendiang Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong.

Masing berkata, mendiang pernah berkhidmat bersama beliau semasa meneraju Kementeria­n Pembanguna­n Tanah suatu ketika dahulu.

Katanya, memandangk­an mendiang seorang pegawai kerajaan yang baik dan jujur agak sukar baginya melepaskan Katis yang terpaksa berpindah ke Kanowit selepas dilantik sebagai pegawai daerah.

“Walaupun keberatan, namun saya menyatakan beliau harus pergi ( menerima tawaran) demi tugas untuk menyumbang khidmat kepada rakyat di daerah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang Katis di Lorong Kemuyang di sini semalam.

Menurut Masing, beliau juga sangat bersimpati terhadap ahli keluarga mendiang termasuk isteri dan tiga anaknya.

Katanya, beliau sedia membantu ahli keluarga mendiang pada bila- bila masa sekiranya diperlukan.

Antara hadir sama ialah penyandang kerusi Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

Katis, 49, yang berkhidmat di Majlis Daerah Kanowit sejak 2013 meninggal dunia awal pagi Ahad lalu di Hospital Sibu.

Mendiang meninggalk­an seorang isteri dan tiga anak.

Mayat mendiang dikebumika­n di Nirvana Memorial Park di Jalan Sibu- Bintulu di sini.

 ??  ?? TAKZIAH: Masing (kiri) berkata sesuatu kepada isteri mendiang, Jenny Empaling ketika memberi penghormat­an terakhir semalam.
TAKZIAH: Masing (kiri) berkata sesuatu kepada isteri mendiang, Jenny Empaling ketika memberi penghormat­an terakhir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia