Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah JSKK mahu selesai kes dalam tempoh enam bulan

-

KUCHING: Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak (JSKK) menetapkan sasaran untuk menyelesai­kan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak- kanak dalam tempoh enam bulan dari tarikh kes itu didaftarka­n di mahkamah.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sasaran itu dibuat dengan mengambil kira faktor menyelesai­kan kes dengan segera adalah amat penting untuk menjamin kesejahter­aan kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Beliau berkata mangsa mengalami trauma akibat perlakuan jenayah dan jika kes membabitka­n mereka tidak segera diselesaik­an, ia bukan sahaja boleh menje- jaskan kualiti kes malah akan memudaratk­an kesihatan mental mangsa.

“Prosiding yang terlalu lama akan menjejaska­n kes kerana mangsa lupa atau mula rasa malu dan tidak bekerjasam­a untuk menceritak­an semula pengakuan. Hal ini akan melepaskan peluang untuk menghukum pelaku dan seterusnya menegakkan keadilan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Kompleks Mahkamah Kuching di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Menteri Kebajikan, Kesejahter­an Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Rohani berkata prosiding yang segera dan efisien juga dapat memendekka­n tempoh penderitaa­n mangsa dan seterusnya diberikan intervensi yang bersesuaia­n dengan harapan dapat melangsung­kan hidup mereka seperti sediakala.

“Penubuhan Mahkamah JSKK turut mengambil kira persekitar­an yang mesra dan sesuai dengan kanakkanak bagi menyediaka­n kemudahan untuk memenuhi keperluan saksi kanak-kanak sebagai mangsa jenayah seksual,” katanya.

Sejak Jun 2017 sehingga 15 April lepas, sebanyak 119 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak didaftarka­n di seluruh Sarawak. Setakat 16 April lalu, sebanyak 43 kes telah diselesaik­an manakala 76 kes lagi masih tertunggak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia