Utusan Borneo (Sarawak)

Dev antara contoh pegawai kanan polis amat berdedikas­i, komited

-

KUCHING: Kecemerlan­gan dan kecekapan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Dev Kumar sepanjang bertugas di Sarawak, memasuki tahun ketiga pada 2018, disanjung tinggi Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Fatimah berkata Dev merupakan antara contoh terbaik bagi pegawai kanan polis yang amat berdedikas­i dan komited dalam menunaikan tanggungja­wab kerjayanya.

“Beliau seorang yang menunaikan janji, seorang penguat kuasa yang memastikan keselamata­n wanita dan kanak-kanak dijamin, memastikan penjenayah diberkas pada hari sama kes dilaporkan dan didakwa di mahkamah apabila tempoh reman berakhir,” katanya mengulas mengenai perpindaha­n Dev ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Mei ini.

Kecekapan itu memberikan keyakinan kepada orang ramai terhadap penguat kuasa undang-undang, malah pesalah diambil tindakan berlandask­an undang- undang.

Dev memberi maklum balas dengan secepat mungkin terhadap kes jenayah.

“Beliau dan pegawainya respons dengan begitu cepat, sekali gus memberi keyakinan dan jaminan di mata orang ramai tentang adanya tindakan pantas daripada polis.

“Ini amat penting dalam memelihara keamanan dan kesejahter­aan masyarakat,” jelasnya.

Fatimah berkata, Dev memang layak dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjay­a Polis ( DCP) dengan memegang jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti.

“Saya mewakili wanita dan kanak-kanak di Sarawak mengucapka­n selamat maju jaya kepada Dev. Semoga beliau mempunyai kenangan indah di Sarawak,” ujarnya.

Dev mula bertugas sebagai Ketua JSJ Sarawak pada 1 Julai 2015.

Berusia 57 tahun dan dilahirkan di Sungai Petani, Kedah, beliau sebelum ini pernah bertugas di Balai Polis Sentral Kuching sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Berat pada 1983 hingga 1989.

Beliau juga pernah bertugas di JSJ Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Siasatan Khas.

Jawatan Dev akan diambil alih timbalanny­a ACP Denis Leong.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para pelajar yang menerima sijil Program CIS merakam gambar bersama Len (tengah), Abdul Hamed, Sikie, Majang, Wan Lizozman, Jack dan tetamu lain.
UNTUK ALBUM: Para pelajar yang menerima sijil Program CIS merakam gambar bersama Len (tengah), Abdul Hamed, Sikie, Majang, Wan Lizozman, Jack dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia