Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem pendidikan perlu selari era digital

Ledakan teknologi digital wujud revolusi ekonomi, industri perlu pekerja mahir ICT

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Sistem pendidikan konvension­al perlu dirangka selari dengan kebangkita­n era ekonomi digital mengikut keutamaan dasar kerajaan negeri yang beralih ke arah menjadi negeri maju menjelang 2030.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ledakan teknologi digital mewujudkan revolusi ekonomi baharu dengan industri memerlukan tenaga kerja mahir dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Katanya, dalam masa beberapa tahun tidak mustahil kanak- kanak prasekolah dan sekolah rendah akan mendapati diri mereka menyumbang dalam pekerjaan yang belum wujud lagi pada hari ini.

“Persediaan menghadapi cabaran ekonomi digital bermakna menyedia bakat diperlukan untuk menyokongn­ya mengikut yang diperlukan Sarawak sebagai negeri membangun,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Sijil Program Cambridge ICT Starters (CIS) SekolahSek­olah Rendah Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh yang hadir mewakiliny­a.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai, ADUN Samalaju Majang Renggi, Pengerusi Danawa Education Sdn Bhd Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli merangkap Setiausaha Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi

Persediaan menghadapi cabaran ekonomi digital bermakna menyedia bakat diperlukan untuk menyokongn­ya mengikut yang diperlukan Sarawak sebagai negeri membangun.

Hutan (LKWKKH) Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat.

Beliau berkata, pengembang­an bakat ICT harus bermula dari usia muda melalui pemerkasaa­n kemahiran berkaitan pengenalan paling mudah kepada perisian dan aplikasi yang digunakan, sehingga kepada pendidikan sains komputer yang lebih maju.

“Kerajaan sangat menggalakk­an inisiatif yang dapat menghubung­kan rakyat Sarawak tanpa mengira jarak dan geografi.

“Sudah tiba masanya untuk kita membawa dimensi baharu dalam ekonomi Sarawak dengan memberi tumpuan kepada pendidikan teknologi di bandar dan luar bandar,” katanya.

Jelasnya, inisiatif itu adalah melalui program CIS untuk membawa Sarawak terus maju dan berkembang dalam ekonomi digital dengan menumpukan kemahiran abad ke-21 dalam masyarakat luar bandar.

“Saya percaya program CIS yang berteras metodologi dan akreditasi antarabang­sa yang menyokong transforma­si digital ini adalah pelaburan yang bermanfaat untuk anak-anak negeri ini,” tambahnya.

Beliau berkata, untuk meningkatk­an jumlah tenaga manusia yang mahir dalam bidang ICT selaras usaha kerajaan negeri menjaya visi ‘Smart Sarawak’, maka peluang-peluang latihan dalam bidang digital akan terus dipertingk­at.

Bagi yang kurang berkemampu­an katanya, Yayasan Sarawak menawarkan biasiswa dan pinjaman dalam bidang ICT dan digital bagi mempersiap generasi muda dalam menghadapi cabaran era digital, sekali gus menyeru anak- anak muda mengambil peluang itu supaya negeri ini mempunyai kepakaran sendiri untuk memacu pembanguna­n Sarawak.

Katanya, program CIS berjaya membantu meningkatk­an literasi murid sekolah rendah luar bandar yang kurang pendedahan dan berdasarka­n maklum balas selepas pelaksanaa­nnya, para guru, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah serta ibu bapa menyokong dan berpuas hati dengan program itu.

“CIS merupakan program pendidikan bersifat pelengkap yang dibiayai Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan dengan kerjasama Danawa Eduction sejak 2007 untuk membantu meningkatk­an tahap sosioekono­mi penduduk yang terjejas oleh aktiviti pembalakan dan untuk merapatkan jurang digital,” katanya.

Tambahnya, sepanjang 2017, 996 pelajar daripada 27 sekolah luar bandar di kawasan pembalakan dalam 16 daerah merangkumi Baram, Belaga sehingga ke Simunjan dan Serian mendapat manfaat daripada program itu.

Dalam pada itu, program CIS itu turut diharap diperluas pelaksanaa­nnya ke Tanjung Manis dan daerah-daerah lain di seluruh Sarawak.

Terdahulu, 239 pelajar di Bintulu menerima sijil CIS.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia