Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 1,000 penduduk Saratok bakal menikmati pembanguna­n ekonomi baik

-

SARATOK: Lebih 1,000 penduduk dari 250 rumah di Kampung Kupang dan 11 rumah panjang di Jalan Bajau, Saratok bakal menikmati pembanguna­n ekonomi dengan pelaksanaa­n projek menaik taraf jalan dari Kampung Kupang ke simpang Jalan Bajau Saratok dan pembinaan jambatan menyeberan­gi Sungai Krian yang menelan kos keseluruha­n RM180 juta yang dijangka siap pada 2022.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata daripada jumlah tersebut sejumlah RM90 juta untuk projek menaik taraf jalan dari Kampung Kupang ke Simpang Bajau sejauh kirakira 20 kilometer dan RM90 juta lagi pembinaan jambatan sepanjang 300 meter ke pekan Saratok.

Menurutnya, projek tersebut diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pekan Saratok pada 2 Mei 2016.

“Projek ini di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan setakat ini Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam peringkat perancanga­n serta reka bentuk jalan ini.

“Selepas itu, baharulah pelaksanaa­nnya bermula dan projek ini dijangka siap penghujung 2022,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke tapak projek sambil bertemu penduduk dan makan tengah hari di Kampung Kupang, semalam.

Julaihi berkata, pelaksanaa­n projek juga memendekka­n masa perjalanan penduduk dari kawasan terbabit ke pekan Saratok yang sebelum ini selama dua jam dan selepas projek itu siap perjalanan dari kampung terbabit ke pekan Saratok hanya 30 minit sahaja.

Katanya, lawatan tersebut adalah program turun padang secara berterusan demi memberi manfaat kepada rakyat peringkat akar umbi dan bukannya lawatan musim pilihan raya sahaja.

“Pada hari ini, saya mengadakan lawatan ke tapak projek menaik taraf jalan dari Kampung Kupang ke Simpang Bajau sejauh kira-kira 20 kilometer.

“Ini adalah sebahagian jalan menghubung­kan kampungkam­pung di kawasan Saratok menuju ke pekan Saratok dan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Beberapa jalan akses menuju ke beberapa rumah panjang dan Kampung Kupang akan dinaik taraf.

“Semua ini manfaat secara langsung dinikmati semua penduduk kawasan terbabit.

“Kita mahu meningkatk­an aktiviti sosioekono­mi pekan, kampung dan rumah panjang di kawasan Saratok yang kita jangka dapat dihubungka­n dengan jalan pesisir dan Pan Borneo Highway dan ini adalah yang terpenting,” jelasnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaka Datuk Abdul Wahab Aziz, ADUN Kabong Mohd Chee Kadir, Residen Betong Friday Belik, Pegawai Daerah Saratok Mohd Ikhmal Abdullah dan Jurutera JKR Bahagian Betong Mehan Jorai.

 ??  ?? TURUN PADANG: Julaihi (lima kiri) mendengar taklimat Mehan (empat kanan) mengenai projek menaik taraf jalan dari Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau Saratok pembinaan jambatan Sungai Krian.
TURUN PADANG: Julaihi (lima kiri) mendengar taklimat Mehan (empat kanan) mengenai projek menaik taraf jalan dari Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau Saratok pembinaan jambatan Sungai Krian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia