Utusan Borneo (Sarawak)

Menjelang pilihan raya, banyak propaganda disebarkan melalui media sosial termasuk berkaitan kerajaan: Rosey

- Oleh Sudan Ajang

BEKENU: Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Rosey Yunus menasihati rakyat agar bijak menilai semua maklumat yang diterima dan menggunaka­n rasional tanpa prejudis terutama semasa mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Rosey berkata, menjelang pilihan raya, begitu banyak propaganda disebarkan melalui media sosial termasuk yang berkaitan dengan kerajaan.

“Setiap pentadbira­n pasti ada kekurangan­nya, namun yang lebih penting adalah usaha dan komitmen bagi menambah baik kelemahan itu dengan sebaiknya.

“Justeru jangan jadikan kekurangan ini sebagai alasan untuk mengurangk­an sokongan kepada Barisan Nasional,” katanya berucap pada pen- yampaian geran peruntukan kecil luar bandar (MRP) di Bekenu semalam.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berharap masyarakat akan terus bersatu dan menyokong calon Barisan Na- sional untuk memberi mandat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam memperjuan­g- kan hak-hak Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa penerima MRP harus memanfaatk­an peruntukan itu dengan sebaik mungkin bagi melaksanak­an projek atau aktiviti yang telah diluluskan.

Tambahnya, sebarang pertukaran maklumat seperti nombor akaun atau projek yang dilaksanak­an perlu dimaklumka­n segera kepada pusat khidmat wakil rakyat bagi mengelak sebarang kesulitan.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an MRP kepada 35 penerima yang terdiri daripada pertubuhan, persatuan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan rumah ibadah melibatkan jumlah keseluruha­n RM403,000.

 ??  ?? MANFAATKAN: Rosey (duduk, tengah) bergambar bersama sebahagian penerima geran MRP di Bekenu semalam.
MANFAATKAN: Rosey (duduk, tengah) bergambar bersama sebahagian penerima geran MRP di Bekenu semalam.
 ??  ?? BANTUAN: Paulus (tiga kanan) bersama Ismail (lima kiri), Racha dan Nicholas (kanan) serta penerima bantuan wang ihsan di Dewan Buluh Balui semalam.
BANTUAN: Paulus (tiga kanan) bersama Ismail (lima kiri), Racha dan Nicholas (kanan) serta penerima bantuan wang ihsan di Dewan Buluh Balui semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia