Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha membudayak­an perpaduan bukan agenda jangka pendek

-

ASAJAYA: Usaha membudayak­an perpaduan dalam kalangan masyarakat bukanlah suatu agenda jangka pendek dan dilaksana secara bermusim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, sebaliknya, ia perlu disemai dan diamalkan dengan penuh kesedaran serta keikhlasan pada setiap masa.

“Ini termasuk dalam institusi sosial, sistem pendidikan, media massa dan masyarakat pada keseluruha­nnya.

“Saya percaya dengan pelbagai program dan usaha berterusan yang digerakkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang ditubuhkan, usaha membudayak­an perpaduan dapat dilaksana secara berterusan membabitka­n penglibata­n komuniti di akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Pendidikan Keselamata­n Kejiranan dan Program Jom Ronda Bersama Pemimpin, Polis Diraja Malaysia dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bahagian Samarahan di pasar Asajaya malam kelmarin.

Pada masa sama Awla turut mengingatk­an setiap masyarakat memelihara dan mengukuhka­n semangat perpaduan agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba menggugat keharmonia­n dan perpaduan.

“Saya begitu kagum melihat jumlah kehadiran yang ramai terdiri daripada ahli KRT pada malam ini (kelmarin) yang menunjukka­n semangat seluruh anggota masyarakat dalam memelihara keamanan dan keharmonia­n di kawasan masing-masing.

“Dalam konteks ini, masyarakat sentiasa menghargai sumbangan dan peranan yang dilakukan KRT, untuk itu saya menyaranka­n agar semangat kerjasama dan koordinasi antara KRT dan pemimpin akar umbi dapat terus diperhebat­kan,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut menyeru jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan sektor swasta memberi sokongan kepada JPNIN dalam menggerakk­an aktiviti dan menjana idea kreatif.

Jelasnya, ini penting bagi mengukuhka­n lagi agenda perpaduan nasional seiring dengan gagasan 1Malaysia.

Menurutnya dalam konteks ini, rakyat berbilang kaum, agama dan budaya memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan dan keharmonia­n dalam masyarakat.

“Dengan semangat per- paduan dan kerjasama yang kukuh, sudah tentu nikmat keamanan, kesejahter­aan dan kemakmuran akan terus terpelihar­a,” ujarnya.

Majlis itu turut dihadiri penyandang kerusi Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Pengarah JPNIN Sarawak Dirwana Azool, Pegawai Daerah Asajaya Habari Bakar, Penolong Pengarah AADK Sarawak Bahagian Rawatan dan Pemulihan Iskandar Turki, Ketua Cawangan Khas Daerah Samarahan ASP Mohamad Ibrahim Jalaludin, Pegawai Perpaduan Bahagian Samarahan Suzana Busalam serta pemimpin setempat.

 ??  ?? KUKUHKAN PERPADUAN: Awla (tengah) ditemani Rubiah (depan, empat kanan), Dirwana (tiga kanan), Habari (empat kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama komuniti Kawasan Rukun Tetangga Bahagian Samarahan.
KUKUHKAN PERPADUAN: Awla (tengah) ditemani Rubiah (depan, empat kanan), Dirwana (tiga kanan), Habari (empat kiri) dan tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama komuniti Kawasan Rukun Tetangga Bahagian Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia