Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan Kanun Tanah Negeri dibentang di DUN pada Julai

-

SIBU: Pindaan terhadap Kanun Tanah Negeri akan dibentangk­an di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai akan datang.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum.

Katanya, pindaan itu dibuat untuk menjadikan Pulau Galau dan Pemakai Menoa berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera NCR memiliki definisi dan skop lebih jelas.

Salang berkata, beliau adalah antara ahli dalam jawatankua­sa khas dibentuk untuk menyelesai­kan isu tersebut.

“Ini termasuk mengadakan perbincang­an dengan pemimpin termasuk membabitka­n pindaan perlu dilakukan terhadap Kanun Tanah Negeri.

“Usaha ini penting bagi memastikan hak komuniti terbela,” katanya pada sesi bertemu rakyat di Rumah Ubat Ego, Nanga Serau di sini semalam.

Salang tidak menolak kemungkina­n isu tanah NCR dimainkan semula pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Begitupun, beliau berharap penduduk luar bandar tidak mudah terpengaru­h dengan tuduhan serta kritikan dilemparka­n terhadap kerajaan.

“Rakyat di Julau harus bijak membuat pilihan mereka pada hari pengundian nanti dengan tidak mengundi calon yang salah,” jelasnya.

Menurutnya, keputusan dibuat mereka sangat penting agar tidak terlepas daripada program pembanguna­n kerajaan.

“Misalnya, kawasan Julau dan Pakan di Sarikei merupakan sebahagian daripada projek per- tanian serantau sangat besar dan dikenali ‘Sadok Agropolita­n’.

“Ini merupakan rancangan mengubah bahagian Sarikei dan Betong menjadi medan penghasila­n makanan utama negeri,” ujar beliau.

Katanya, ini secara tidak langsung membawa kepada pembinaan jalan raya baharu serta membawa masuk lebih banyak kemudahan.

Justeru, beliau berharap rakyat di Julau terus menyokong kerajaan khususnya kepada calon Barisan Nasional (BN) pada PRU14 ini.

Dalam pada itu kelmarin, Salang turut menghadiri sesi sama di Rumah Linggai Enturan dan Rumah Lila Sabai di Pakan.

Di Rumah Lila, beliau menerima borang permohonan menyertai PRS daripada penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia