Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa diajak berperanan memberi perhatian terhadap pendidikan anak

-

KUCHING: Ibu bapa diajak memain peranan dengan memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak tanpa bergantung 100 peratus kepada guru.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, ibu bapa perlu bekerjasam­a dengan pihak sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Kita harus memberi dorongan kepada anak- anak supaya menjadi murid yang pandai dan mempunyai citacita.

“Di sini ibu bapa juga memain peranan untuk memberi perhatian kepada anakanak dan jangan membiarkan guru 100 peratus dalam mendidik anak-anak,” katanya berucap merasmikan penangguha­n Program Motivasi Tahun 6 iaitu ‘Strive For Excellent 2018’ di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkilili No.2 di Engkilili baru-baru ini.

Menurut Dr Rayong, program yang diadakan itu amat baik dan digalakkan bagi merangsang semangat murid.

“Ini kerana program sebegini dapat memberi dorongan dan rangsangan kepada murid supaya lebih bersemanga­t dan bermotivas­i,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Engkilili No.2 Ajan Embang berharap sekolah akan dapat mencapai peratusan murid cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat ditingkatk­an pada tahun ini.

Beliau turut melahirkan penghargaa­nkepadaDrR­ayong yang menyumbang bantuan demi menjayakan program yang amat bermakna itu.

“Kita berterima kasih kepada Yang Berhormat (Dr Rayong) atas sumbangan cek sebanyak RM3,000 kepada PIBG sekolah dan RM2,000 terdahulu untuk menjayakan program motivasi ini,” katanya.

Majlis turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Lubok Antu Thomas Kanyan. MIRI: Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin menyampaik­an geran pendidikan RM100,000 kepada SM Pei Min pada majlis ringkas di sini, semalam.

Geran terbabit adalah daripada kerajaan negeri yang telah memperuntu­kkan bantuan RM7 juta kepada 14 sekolah pensendiri­an aliran Cina di Sarawak.

“Ini adalah keprihatin­an dan usaha kerajaan negeri dalam memberi sokongan kepada pendidikan aliran Cina di sini.

“Gunakan peruntukan ini sebaik mungkin untuk kepentinga­n pendidikan anak-anak di sekolah ini,” jelas ADUN Senadin itu.

Hadir sama ialah Pembantu Khas beliau Erick Chin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SM Pei Min Miri Wong Hin Chai dan Pengetua SM Mei Min Miri Liau Kok Wei.

Di samping itu juga kata Lee, sokongan sedemikian turut sebagai galakan kepada masyarakat Bumiputera untuk mendapatka­n serta mahir pendidikan aliran Cina agar memberi kesan positif dalam bidang pendidikan.

Dalam pada itu, Lee mahu kerjasama berterusan daripada sekolah-sekolah persendiri­an berkenaan bersama kerajaan negeri.

“Kerajaan akan terus membantu menyalurka­n bantuan kepada sekolah aliran Cina demi kepentinga­n pendidikan di sini.

“Oleh itu, kerjasama berterusan juga diperlukan bagi mencapai manfaat bersama,” tambahnya.

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong bersama Ajan (dua kanan) dan Thomas menekan tetikus sebagai simbolik penangguha­n Program Motivasi Tahun 6 SK Engkilili No 2 di Engkilili baru-baru ini.
SIMBOLIK: Dr Rayong bersama Ajan (dua kanan) dan Thomas menekan tetikus sebagai simbolik penangguha­n Program Motivasi Tahun 6 SK Engkilili No 2 di Engkilili baru-baru ini.
 ??  ?? UNTUK KEBAJIKAN SEKOLAH: Lee menyerahka­n cek kepada Wong sambil disaksikan (dua kiri) Chin, Liau serta lembaga pengurusan sekolah SM Pei Min di Miri, semalam.
UNTUK KEBAJIKAN SEKOLAH: Lee menyerahka­n cek kepada Wong sambil disaksikan (dua kiri) Chin, Liau serta lembaga pengurusan sekolah SM Pei Min di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia