Utusan Borneo (Sarawak)

Stampin antara kerusi paling sengit PRU14 Dr Sim atau Lo dijangka mewakili BN merampas semula kerusi itu daripada DAP

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kerusi Parlimen Stampin kini menjadi tumpuan dan antara kerusi paling sengit pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), apabila dua nama pemimpin tertinggi parti bertanding antara yang disebut-sebut.

Kerusi yang sehingga kini bakal menyaksika­n satu lawan satu pada PRU14, iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Tindakan Demokratik ( DAP) kini disandang DAP, iaitu Julian Tan selepas memenangin­ya pada PRU13.

Sementara itu bagi merampas semula kerusi itu daripada DAP, Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian antara salah satu nama calon BN selain daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang.

Meskipun DAP melalui Pengerusi Negerinya Chong Chineg Jen mengumumka­n bahawa pembantu khasnya, Dr Kelvin Yii sebagai calon DAP di Stampin tetapi beliau juga berhasrat keluar dari kubu kuat DAP, iaitu Parlimen Bandar Kuching untuk bertanding di Stampin bersaing dengan Dr Sim.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas dua kerusi DUN di bawah Stampin, iaitu Batu Kitang dan Batu Kawah dimenangi SUPP yang diwakili masing-masing Lo dan Dr Sim.

Ketua Kaum Kampung Haji Baki Hatta Azin, 68, berkata kedua- dua calon BN yang diuar-uarkan itu amat disokong rakyat kerana kedua-duanya menunjukka­n prestasi khidmat yang baik.

Memberi contoh wakil rakyat Batu Kitang, Lo kata Hatta, beliau seorang pemimpin yang sentiasa turun pa-

Sejak adanya N.13 Batu Kitang baharulah kami melihat banyak pembanguna­n dibawa wakil rakyat BN dan kami melihat peratusan mengundi juga telah bertukar. Hatta Azin Ketua Kaum Kampung Haji Baki

dang dan berkhidmat tanpa mengira latar belakang.

“Sejak adanya N.13 Batu Kitang baharulah kami melihat banyak pembanguna­n dibawa wakil rakyat BN dan kami melihat peratusan mengundi juga telah bertukar.

“Bagi Haji Baki, berani saya nyatakan pengundi Bumiputera boleh mencapai 80 peratus ke atas untuk Lo sekiranya beliau dicalonkan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Tambah Hatta, sejak diwakili BN di kawasan itu, banyak perubahan ketara dibangunka­n khasnya infrastruk­tur asas.

Ia termasuk di kawasan Haji Baki, katanya apabila banyak sistem perparitan telah diperbaiki selain daripada kebajikan penduduk setempat oleh wakil rakyat.

“Yang Berhormat Lo misalnya, beliau adalah orang yang merendah diri dan banyak turun padang tanpa mengira apa program diadakan.

“Di Kampung Haji Baki, beliau telah menyerahka­n rumah kepada penduduk yang terlibat dalam kebakaran dan perkara seperti ini kami mahukan daripada pemimpin iaitu sentiasa segera berkhidmat.

“Begitu juga Dr Sim, kami melihat banyak pembanguna­n telah dibawa beliau dan pada kami rakyat di peringkat akar umbi, yang penting adalah kedua-duanya sama-sama bagus,” ujar ketua kaum yang hampir dua tahun telah dilantik itu.

Katanya, mereka berharap PRU ini mereka diwakili oleh BN kerana telah melihat sejarah sebelum ini iaitu di bawah pembangkan­g yang tiada hasilnya.

“Apa yang pasti semasa kami di bawah pembangkan­g tiada apa-apa pembanguna­n. Pada kami mereka hanya berjanji sedangkan selepas memenangi kerusi tiada satu pun hasilnya.

“Walaupun DUN Batu Kitang baharu ada semasa pilihan raya lepas, tetapi Parlimen kami di bawah Stampin yang kini disandang DAP dan kami tidak melihat sebarang hasil,” katanya.

Kerusi itu menjadi medan pertempura­n antara SUPP dan DAP sejak 1978 dan selepas persempada­nan semula kawasan DUN Sarawak, Parlimen Stampin antara kerusi memiliki kadar pertumbuha­n pengundi tinggi.

Stampin yang terdiri daripada tiga DUN iaitu Batu Kawah, Batu Lintang dan Kota Sentosa memiliki pengundi Cina lebih 70 peratus dan selebihnya Melayu dan Dayak.

Bagaimanap­un pada PRU13, Julian Tan memperoleh­i 41,663 undi menang dengan majoriti 18,670 undi menewaskan calon BN Datuk Yong Khoon Seng yang memperoleh­i 22,993 undi dan calon STAR Lina Soo yang sekadar meraih 239 undi.

Sementara bagi pihak DAP, Dr Kelvin Yii yang juga pembantu khas ke- pada Pengerusi DAP Chong Chieng Jen, berkata Stampin sekarang seperti yang anda tahu satu ‘kawasan kelabu’ disebabkan persempada­nan semula sejak PRN yang lalu di mana kerusi Batu Lintang telah dipindahka­n ke Bandar Kuching.

Mengikut keputusan PRN lalu dan juga PRU13, kerusi Batu Lintang mempunyai konsentras­i jumlah pengundi pembangkan­g yang tinggi dan telah menyumbang kepada kemenangan DAP di kerusi Stampin pada PRU13, tetapi kini telah dimasukkan kepada kerusi Bandar Kuching.

“Namun begitu kita masih yakin dapat mempertaha­nkan kerusi tersebut dan untuk menukar kerajaan baharu.

“Sentimen yang ada dalam PRN lepas tidak sama dengan sentimen PRU. Rakyat semua telah berasa kesusahan disebabkan kos sara hidup yang tinggi, yang harus ditanggung oleh rakyat,” katanya.

 ?? — Gambar Facebook Lo Khere Chiang. ?? KHIDMAT: Lo (dua kanan) antara nama yang disebut sebagai calon BN di Stampin bersama Hatta dan penduduk Kampung Haji Baki baru-baru ini bagi program e-Kasih untuk baik pulih rumah.
— Gambar Facebook Lo Khere Chiang. KHIDMAT: Lo (dua kanan) antara nama yang disebut sebagai calon BN di Stampin bersama Hatta dan penduduk Kampung Haji Baki baru-baru ini bagi program e-Kasih untuk baik pulih rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia