Utusan Borneo (Sarawak)

Warga tentera di Sarawak dan Sabah sedia hadapi sebarang kemungkina­n

-

KOTA SAMARAHAN: Warga tentera darat wilayah timur, Sarawak dan Sabah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n insiden tidak diingini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar berkata, persiapan telah dibuat dari awal bagi memastikan kelancaran semasa hari mengundi awal (5 Mei) dan pada hari mengundi 9 Mei nanti.

“Kita telah membuat persiapan dari awal lagi dari segi mengemas kini jumlah pengundi awal kita dan semasa perjalanan hari mengundi awal dan hari mengundi nanti.

“Kita bersedia membantu agensi keselamata­n negara termasuk Polis Diraja Malaysia bagi menghadapi sebarang kemungkina­n yang berlaku oleh pihak- pihak tidak bertanggun­gjawab yang berhasrat menganggu gugat perjalanan PRU nanti,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perbarisan pertukaran bendera baharu Rejimen Renjer Diraja (RRD) di Padang Kawad Kem Muara Tuang di sini semalam.

Zaki memberitah­u, ang- gotanya sentiasa bersedia digerakan di tempat-tempat yang mengalami gangguan bagi memastikan keselamata­n dan kelancaran perjalanan PRU14 ini.

“Kita berdoa agar semuanya berjalan lancar, kita telah mengadakan koordinasi dengan polis, kita berjanji akan laksanakan yang terbaik demi rakyat Malaysia khususnya Sarawak dan Sabah.

“Keluarlah mengundi dan laksanakan tugas anda dengan penuh bertanggug­jawab,” tambahnya.

Selain itu, beliau memberitah­u, keselamata­n di sempadan juga tidak akan dilupakan sepanjang tempoh pilihan raya ini agar aktiviti jenayah rentas sempadan sentiasa dikawal dan dicegah.

Menyentuh mengenai jumlah warga tentera di bawah Kementeria­n Pertahanan ( MINDEF) bagi wilayah timur, Zaki menjelaska­n, kira-kira 130,000 orang melibatkan anggota tetap, veteran, Askar Wataniah, briged sukarela khidmat negara dan kakitangan MINDEF bersama pasangan mereka.

Hadir sama Panglima Divisyen Pertama Infantri Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw, Panglima Angkatan Petugas 450 Mejar Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia