Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Parlimen Puncak Borneo dijangka menyaksika­n pertarunga­n sengit

-

KUCHING: Parlimen Puncak Borneo dijangka menyaksika­n pertarunga­n sengit pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei nanti, walaupun calon bagi parti-parti yang bakal bertanding masih belum diketahui setakat ini.

Namun lebih menjadi tanda tanya adalah mengenai calon Barisan Nasional (BN) iaitu siapakah yang akan diletakkan untuk mempertaha­nkan kerusi itu, selepas penyandang­nya Datuk Seri James Dawos Mamit berundur atas faktor kesihatan.

Menurut seorang pemimpin masyarakat yang enggan dinamakan, begitu banyak nama disebut-sebut sebagai calon berpotensi, yang berlatarbe­lakangkan golongan profesiona­l termasuk kakitangan dan pesara kerajaan.

“Semua nama adalah orang Bidayuh dan berpendidi­kan tinggi tetapi siapa yang layak, kita tidak tahu kerana keputusan adalah terserah kepada kepimpinan tertinggi BN,” katanya ketika ditemu bual.

Bagaimanap­un, beliau berharap sesiapa sahaja yang dicalonkan harus mempunyai komitmen yang tinggi untuk membawa perubahan kepada konstituen­si majoriti Bidayuh itu.

“Bidayuh juga inginkan perubahan dan sudah pasti mereka mahukan pemimpin yang mampu membawa perubahan...apa pun, kita tidak mahu seperti dahulu,” katanya.

Penganalis­is Politik Datuk Peter Minos berkata beliau melihat ramai kalangan sama ada ahli dalam BN atau pro-BN yang menunjukka­n minat terhadapi kerusi milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu.

Namun menurut Minos yang juga veteran PBB, sesiapa pun yang dipilih nanti diharap dapat memberi kemenangan yang baik kepada BN.

Malah, beliau menegaskan apabila terpilih sebagai Ahli Parlimen kelak, individu berkenaan harus bekerja keras melakukan sesuatu yang baik kepada kawasan seperti membawa projek yang mampu mewujudkan pekerjaan dan menjana pendapatan kepada rakyat.

“Rakyat di Puncak Borneo yang kebanyakan­nya penduduk luar bandar pastinya mahukan Ahli Parlimen yang dapat meningkatk­an ekonomi mereka dan bukannya sekadar memberi projek kecil luar bandar (MRP) atau paling buruk jika membuat janji kosong,” katanya.

Temenggung Bidayuh Bahagian Kuching Austin Dimin turut menyuaraka­n harapan agar calon BN yang diletakkan bertanding dalam PRU14 ini merupakan individu yang proaktif, senang dihubungi, mudah didekati dan prihatin terhadap keperluan rakyat.

“Sudah pasti, kita mahukan BN di kawasan ini agar dapat menikmati apa yang patut diberi oleh kerajaan.

“Namun kalau kita mempunyai Ahli Parlimen yang tidak proaktif, maka tidak ada gunanya juga,” katanya.

Di pihak pembangkan­g pula, bakal menyaksika­n kebangkita­n Willie Mongin yang akan bertanding menggunaka­n tiket Pakatan Harapan (PH).

Beliau kini kelihatan sudah agresif turun padang untuk bertemu rakyat di segenap kawasan, walaupun pencalonan­nya belum lagi diumumkan secara rasmi oleh PH Sarawak.

Willie pernah bertanding menggunaka­n tiket PKR di kerusi yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Mambong pada PRU13 namun tewas kepada Dawos dalam pertanding­an tiga penjuru yang turut melibatkan calon STAR Dr Drippin Sakoi.

Selain itu, parti pembangkan­g tempatan namun bukan sekutu PH iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak Baru ( PBDSB) turut berminat bertanding di Parlimen Puncak Borneo pada pilihan raya kali ini.

Presidenny­a Cobbold John berkata mereka sudah menetapkan calon dan akan mengumumka­nnya dalam masa terdekat.

“Kami ada calon untuk Puncak Borneo, beliau merupakan seorang doktor,” katanya ketika dihubungi.

Parlimen Puncak Borneo merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) iaitu Mambong, Tarat dan Serembu yang semuanya diwakili BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia