Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi Parlimen Santubong mahu Wan Junaidi dicalonkan semula

-

KUCHING: Meskipun sudah menjadi Ahli Parlimen Santubong (sejak 2004 selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-11 (PRU11), pengundi di konstituen­si itu tetap mengingink­an penyandang­nya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dicalonkan semula mempertaha­nkan kerusi itu pada PRU14.

Kelebihan menjadi menteri kabinet persekutua­n dilihat faktor utama beliau perlu dikekalkan selain banyak projek pembanguna­n telah dirangka untuk kawasan berkenaan.

Sejak menjadi Ahli Parlimen Santubong, banyak pembanguna­n fizikal dibawa Wan Junaidi ke konstituen­si itu, antaranya benteng penahan ombak di laut Santubong, pembinaan masjid dan surau serta jambatan di kampung-kampung dalam konstituen­si.

Parlimen Santubong merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pantai Damai, Demak Laut dan Tanjong Datu.

Ketika ini wujud kebimbanga­n dalam kalangan pemimpin akar umbi iaitu sekiranya ada calon lain dipilih menggantik­an Wan Junadi, segala projek pembanguna­n yang telah dirancang tidak akan dapat dilaksanak­an.

Penghulu Suhaili Kipli berkata, Wan Junaidi bukan seorang pemimpin bermusim, datang menjenguk rakyat hanya ketika pilihan raya tetapi setiap kali ada masa terluang ada sahaja programnya bersama rakyat.

Katanya rakyat tidak hanya melihat Wan Junaidi sebagai wakil rakyat tetapi seorang menteri kabinet yang dapat membawa lebih banyak pembanguna­n kerana suaranya didengar di Parlimen dan peruntukan pembanguna­n lebih mudah diperoleh.

“Apa pun terpulang kepada pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) kita, tetapi rakyat di konstituen­si ini tetap berharap beliau akan dicalonkan semula untuk mempertaha­nkan Santubong.

“Saya yakin untuk memberi sokongan kepada ‘Datuk Wan’ kerana membawa banyak pembanguna­n di sini, jika dapat beri lagi peluang kepada beliau melaksanak­an perancanga­nnya,” katanya.

Beliau menambah: “Jika orang baharu menjadi Ahli Parlimen Santubong, belum tentu orang baharu dapat membawa hasrat rakyat kerana beliau belum tentu akan dilantik sebagai menteri kabinet.”

Katanya lagi kemudahan yang ada pada Wan Junaidi telah membuahkan banyak pembanguna­n dinikmati penduduk Santubong kini.

Beliau berkata antara inisiatif Wan Junaidi yang meletakkan­nya amat dekat di hati rakyat di konstituen­si itu ialah Projek Rumah Ihsan Wan Junaidi (PRIWJ) yang mula dilaksanak­an pada 2015.

Mengkhusus untuk membantu golongan miskin dalam kawasan Parlimen Santubong memiliki rumah lebih selesa, setakat ini 18 rumah telah siap dibina dan 18 lagi dalam proses pembinaan.

Bagi Penghulu Jumahdi Sabian dari Sematan Lundu,sokongan pengundi kepada Wan Junaidi masih kuat terutama di kawasan peganganny­a seperti di Teluk Melano dan Teluk Serabang.

“Kawasan ini khasnya pengundi Melayu adalah kubu kuat BN dan akan kekal meskipun jika muka baharu diletakkan di sini.

“Namun ketika ini kami masih memerlukan ‘Datuk Wan’ kerana masih banyak pembanguna­n perlu dilakukan di kawasan saya dan menjadi menteri kabinet pusat adalah kelebihan beliau terutama dari segi peruntukan,” katanya.

Meskipun begitu pembangkan­g pastinya mempunyai isu yang akan diketengah­kan dalam usaha menarik undi di kawasan Santubong.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Nurhanim Moksen berkata, selain isu nasional seperti Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan kos sara hidup, pembangkan­g akan membangkit­kan isu tempatan antaranya Projek Darul Hana.

“Walaupun sudah hampir 15 tahun menjadi Ahli Parlimen Santubong, kita tidak melihat pembanguna­n sebenar yang dibawa untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Pembanguna­n fizikal memang kita akui dan itu adalah peranan kerajaan, tetapi usaha untuk meningkatk­an ekonomi rakyat, kita tidak lihat.

“Kami ( pembangkan­g) akan menyentuh isu nasional dan tempatan, ya sudah tentu kerana Wan Junaidi adalah Ahli Parlimen dan seharusnya lebih lantang menyuaraka­n masalah rakyat,” katanya.

Beliau berkata isu tempatan di konstituen­si itu ialah pembasmian kemiskinan, yang kurang mendapat perhatian.

“Adakah beliau berjaya memperkasa­kan pengundi atau rakyat daripada aspek ekonomi dan sosial, saya melihat daripada aspek ini. Pembanguna­n infrastruk­tur adalah tanggungja­wab kerajaan.

Mengenai Projek Darul Hana, Nurhanim berkata ia menjadi isu kerana penduduk terlibat tidak diberi penjelasan secukupnya tentang projek itu menerusi dialog dan medium lain.

Dalam PRU13 Wan Junaidi menang dengan majoriti 20,936 undi apabila beliau menewaskan tiga lawannya iaitu Affendi Jeman ( Bebas), Zulrusdi Mohamad Hol (PKR) dan Mura Kadir (STAR).

 ??  ?? SUHAILI
SUHAILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia