Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU sediakan tapak jualan di Semarak, Sukma Ria, Satok

-

KUCHING: Sempena bulan Ramadan pada tahun ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyediaka­n tapak jualan di tiga kawasan membabitka­n Semarak, Sukma Ria dan Satok.

Proses pendaftara­n untuk mendapatka­n tapak jualan itu akan diadakan pada 23 April ini di Stadium Perpaduan, Jalan Stadium di sini, mulai jam 8.30 pagi untuk Bazar Ramadan Satok dan jam 2.30 petang untuk Bazar Ramadan Semarak dan Sukma Ria.

S e m u a p e m o h o n dikehendak­i membawa dua keping gambar berukuran pasport, satu salinan kad pengenalan, sijil kursus pengedalia­n makanan, laporan pemeriksaa­n kesihatan berserta suntikan tifiod (Vaksin Kepialu) dan yuran pembayaran secara tunai.

Dalam kenyataan medianya semalam, DBKU menyatakan bahawa tapak Bazar Ramadan Satok terbahagi kepada dua kategori jualan iaitu penjualan ayam atau ikan panggang dan penjualan pelbagai makanan atau minuman atau kuihmuih yang masing- masing dikenakan kadar bayaran sebanyak RM500 dan R450.

Bazar Ramadan Semarak pula, tapak jualannya terbahagi kepada dua kategori membabitka­n penjualan ayam atau ikan panggang dan penjualan pelbagai makanan atau minuman atau kuih-muih.

Kadar bayaran yang dikenakan untuk kedua-dua kategori jualan itu masingmasi­ng dikenakan sebanyak RM450 dan RM390.

Sementara untuk tapak Bazar Ramadan Sukma Ria juga terbahagi kepada dua kategori jualan iaitu penjualan ayam atau ikan panggang dan penjualan pelbagai makanan atau minuman atau kuihmuih yang masing- masing dikenakan kadar bayaran sebanyak RM380 dan RM270.

Semua pemohon yang berjaya ditawarkan petak dikehendak­i menghadiri sesi taklimat dan pengundian pada 26 April ini bermula jam 8 pagi di Auditorium DBKU, di sini.

Justeru, orang ramai terutama para penjaja yang berminat diminta merebut peluang ini kerana bilangan permit yang dikeluarka­n adalah terhad berdasarka­n petak jualan yang disediakan dan sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

Selain itu, mereka (penjaja) yang telah mendapat petak berniaga bazar Ramadan dikehendak­i mematuhi syaratsyar­at yang ditetapkan.

Antaranya termasuk para penjaja dikehendak­i mengosongk­an tempat jualan dan memastikan barang-barang perniagaan tidak ditinggalk­an di tapak niaga lagi selepas tamat tempoh jualan iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi memudahkan kontraktor DBKU menurunkan khemah serta membersih tapak tersebut.

Syarat lain pula pelesen dan pekerja ( pembantu) harus menjalani pemeriksaa­n kesihatan, mendapatka­n suntikan pelalian tifoid serta disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta dan menjalani Kursus Pengendali­an Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai Bazar Ramadan Semarak, Sukma Ria dan Satok, sila hubungi Bahagian Pelesenan DBKU di talian 082234654 atau 082-234657.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia